my entry..

get this widget here

Sunday, November 30, 2014

Keajaiban Istighfar




            Ketika menginjak ke usia tua, Imam Ahmad pernah berhenti di satu pekan ketika dia sedang bermusafir. Selepas solat dia berhajat untuk bermalam di sebuah masjid berdekatan kerana beliau tidak mengenali sesiapa dalam pekan tersebut. Rasa rendah diri yang tertanam dalam dirinya menghalangnya untuk menyatakan siapa sebenarnya beliau.

            Oleh kerana tidak mengenali Imam Ahmad, penjaga masjid tidak membenarkannya tidur di dalam masjid malah mengheret beliau keluar. Melihat Imam Ahmad yang tua, seorang pembuat roti mempelawa beliau menumpang dirumahnya.

            Sepanjang dirumah pembuat roti, Imam Ahmad memerhatikan pembuat roti itu tidak pernah berhenti beristighfar. Lalu beliau bertanya, ‘Adakah kesan yang kamu dapati dengan istighfarmu yang berpanjangan?’ Pembuat roti menjawab pertanyaan itu, ‘Ya, aku mendapati semua hajat dan doaku tertunai serta dimakbulkan Allah kecuali satu’.



            Imam Ahmad bertanya lagi, ‘Apakah hajatmu yang satu itu?’ Pembuat roti membalas ‘Aku mahu dipertemukan dengan Imam Ahmad Bin Hanbal. Apabila mendengar jawapan pembuat roti itu, Imam Ahmad pun berkata ‘Akulah orang yang ingin kau temui itu. Allah bukan sahaja memakbulkan doamu, malah telah membuatku diseret untuk menuju kepadamu’.

            Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut. Nyata kelebihan Istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget