my entry..

get this widget here

Monday, May 20, 2013

Pilihan Yang ada.. Sama Ada Diam Atau Bertindak..


IBARAT SEBUAH KAPAL


Realiti ini dinyatakan dalam hadis rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Daripada al-Numan Bin Bashir, Baginda s.a.w. bersabda,

Perumpamaan orang yang melaksanakan ajaran-ajaran Allah dan orang yang melanggarnya adalah seperti kaum yang menaiki kapal dan belayar dilautan. Sebahagian daripada mereka memperoleh tempat diatas dan sebahagian yang lain memperoleh tempat dibawah.

Orang yang berada dibawah naik ke atas untuk mengambil air, mereka mengganggu orang yang tinggal diatas. Kemudian orang yang berada diatas berkata:

“kami tidak akan membenarkan kamu naik menyakiti kami.”

Lalu orang yang berada dibawah berkata:

“Sesungguhnya kami menebuk lubang pada kapal dibahagian bawah untuk mengambil air.”

Kalau mereka (kaum yang berada diatas) menahan tangan mereka dan mencegah perbuatan mereka (kaum yang berada dibawah) itu, maka selamatlah semuanya. Tetapi sekiranya mereka (kaum yang berada diatas) membiarkan sahaja, maka mereka akan tenggelam kesemuanya.

Riwayat al-Tirmizi


Dalam analogi mudah ini, orang yang duduk dibahagian bawah kapal ibarat ahli maksiat yang suka melakukan kerosakan. Dibahagian atas pula golongan yang melihat kemungkaran tetapi berdiam diri dan mencegahnya. Jika orang yang berada dibahagian bawah kapal membuat lubang di kapal untuk mengambil air, ia berisiko menenggelamkan kapal.

Jika kita berada diatas, adakah wajar kita hanya membiarkan sahaja perbuatan yang berisiko besar itu? Adakah kita hanya selesa menikmati sinaran matahari dan bayu laut dengan tidak mempedulikan keperluan dan perbuatan mereka dibahagian bawah?

Jika maksiat berleluasa, impak buruknya akan turut terkena tempias kepada orang soleh. Jika bencana melanda kerana Allah murka, orang soleh juga tidak akan terkecuali. Jadi pilihan yang ada ialah sama ada diam atau bertindak. Pilihlah…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget