my entry..

get this widget here

Monday, August 26, 2013

Melestarikan Nikmat Kemerdekaan

FORUM SEMPENA KEMERDEKAAN

TARIKH: 25 OGOS 2013 /AHAD
TEMPAT: MASJID JAMEK BATU KIKIR NEGERI SEMBILAN

AHLI PANEL:
1. U. HJ SHUHADA B. MAHMUD (KUIS)
2. U. FAISOL B SHEIKH MOHAMMAD (DARULSYIFAA MELAKA)

MODERATOR:
U. SYAZWAN AMIR (PENCERAMAH BEBAS)


TAJUK: MELESTARIKAN NIKMAT KEMERDEKAAN


  • Erti Kemerdekaan Dari Segi Islam: Bebas dari segala kuasa kecuali Allah.
  • Tidak akan kekal kemerdekaan kalau konsert lebih mahsyur daripada masjid
  • Akal memainkan peranan yang penting
  • Kita masih tidak merdeka jika masih terikat dengan pengaruh bukan Islam
  • Zaman Nabi juga ada mencatatkan tentang kemerdekaan (*Pembukaan Kota Mekah, Memerdekakan diri dari menjadi hamba berhala, harta dan hamba kepada manusia sendiri)
  • Jangan lihat erti kemerdekaan dari segi patriotik sahaja akan tetapi lihat juga dari segi agama.
  • Iblis menjajah manusia. Kalau kita tidak bebas dari cengkaman iblis maka kita belum merdeka. Jiwa /Fikiran belum merdeka.
  • Pada zaman dahulu, walaupun dijajah Aqidah masih dipertahankan (*Pada zaman portugis menjajah Tanah Melayu, berapa ramai yang murtad berbanding hari ini?)
  • Kemerdekaan yang sebenar adalah dengan Islam
  • ISTIQAMAH: Nak dapat kemerdekaan itu memang susah, tetapi nak mengekalkan kemerdekaan itu lagi susah.
  • Istiqamah itu memang mencabar. Istiqamah berbeza dengan Iltizam. Iltizam itu hanya berazam tetapi ada azam yang baik, ada azam yang tidak baik. Iltizam hanya berazam tanpa dapat dipastikan ia akan dilakukan secara berterusan. Manakala, Istiqamah pula, melakukan sesuatu yang sudah pasti sesuatu perkara yang baik dan ia dilakukan secara berterusan.
  • Orang yang mati hatinya- bila dia tidak nampak jalan ke Masjid, buta agama.
  • Sepatutnya kita malu kerana tidak boleh membaca Al-Quran, tidak kenal Hadis Nabi daripada kita malu kerana tidak mempunyai harta kekayaan.
  • Kalaulah nikmat kemerdekaan itu mendekatkan kita dengan Allah, maka jelas itu ialah NIKMAT ALLAH.
  • Tetapi kalau nikmat itu menjauhkan kita dengan Allah, maka itu bukan nikmat, itu ialah UJIAN ALLAH.


#Sekadar Nota Ringkas#

Sunday, June 16, 2013

Kalung Alisha.....

Ini cerita tentang Alisha, seorang gadis kecil yang ceria berusia Lima tahun. Pada suatu petang, Alisha menemani Ibunya berbelanja di satu supermarket. Ketika sedang menunggu giliran membayar, Alisha melihat sebentuk kalung mutiara cantik berwarna putih berkilauan, tergantung dalam sebuah kotak berwarna pink yang sangat cantik. Kalung itu nampak begitu indah, sehingga Alisha sangat ingin memilikinya. Tapi... Dia tahu, pasti Ibunya akan berkeberatan. 




Seperti biasanya, sebelum pergi ke supermarket dia sudah berjanji tidak akan meminta apapun selain yang sudah disetujui untuk dibeli. Dan tadi Ibunya sudah menyetujui untuk membelikannya sarung kaki yang bercorak cantik. Namun kerana kalung itu sangat indah, diberanikannya bertanya.


"Ibu, boleh tak kalau Alisha nak kan kalung ini? Ibu boleh kembalikan sarung kaki yang tadi... "

Ibu Alisha segera mengambil kotak kalung dari tangan Alisha. Dibaliknya tertera harga RM 15. Dilihatnya mata Alisha yang memandangnya dengan penuh harap dan cemas. Sebenarnya dia boleh saja membelikan kalung itu, namun dia tak mahu bersikap tidak konsisten

"Oke ... Alisha, kamu boleh memiliki Kalung ini. Tapi letakkan semula sarung kaki yang kamu pilih tadi. Dan kerana harga kalung ini lebih mahal dari sarung kaki itu, Ibu akan potong duit tabung kamu selama seminggu. Setuju ?"

Alisha mengangguk lega, dan segera berlari riang mengembalikan sarung kaki ke raknya.
"Terima kasih..., Ibu" Alisha sangat menyukai dan menyayangi kalung mutiaranya. 

Menurutnya, kalung itu membuatnya nampak cantik dan dewasa. Dia merasa secantik Ibunya. Kalung itu tak pernah lepas dari lehernya, bahkan ketika tidur. Kalung itu hanya dilepasnya jika dia mandi atau berenang. Sebab,kata ibunya, jika basah, kalung itu akan cepat rosak, dan membuat lehernya menjadi hijau.

Setiap malam sebelum tidur, Abi Alisha membacakan cerita. Pada suatu malam, ketika selesai membacakan sebuah cerita, Abi bertanya

"Alisha..., Alisha sayang Abi tak ?"

"mestilah sayang. !"

"Kalau macam tu kan, bagi kepada Abi kalung mutiara Alisha tu...

"tak boleh la... jangan macam tu Abi ! Abi boleh ambil tapi ambil "si Ratu ni" patung kuda dari nenek... ! Itu kesayangan Alisha juga..

"kalau macam tu, takpalah sayangku, Alisha !".

Abi mencium pipi Alisha sebelum keluar dari bilik Alisha. Seminggu berikutnya, setelah selesai membacakan cerita, Abi bertanya lagi,

"Alisha..., Alisha sayang Abi tak?"

"Abi, Abi tahu kan, Alisha sayang sangat kat Abi?".

"Kalau macam tu, berikan pada Abi Kalung mutiara Alisha tu."

"Jangan la Abi... 

"Tapi kalau Abi nak juga, Abi boleh ambil patung Barbie ini.."
Kata Alisha seraya menyerahkan patung Barbie yang selalu menemaninya bermain.

Beberapa malam kemudian, ketika Abi masuk ke biliknya, Alisha sedang duduk di atas tempat tidurnya. masa didekati, Alisha rupanya sedang menangis diam-diam. Kedua tangannya tergenggam di atas pangkuan. air mata membasahi pipinya..

"Ada apa Alisha, kenapa Alisha menangis?"

Tanpa berucap sepatah pun, Alisha membuka tangannya. Di dalamnya melingkar cantik kalung mutiara kesayangannya

"Kalau Abi nak...ambillah kalung Alisha"

Abi tersenyum mengerti, diambilnya kalung itu dari tangan Alisha. Kalung itu dimasukkan ke dalam poket bajunya. Dan dari poket baju yang sebelahnya, dikeluarkan sebentuk kalung mutiara putih...sama cantiknya dengan kalung yang sangat disayangi Alisha..

"Alisha... ini untuk Alisha. Sama kan? kalung ini tidak akan membuat leher Alisha jadi hijau"



Ya..., ternyata Abi memberikan kalung mutiara asli untuk menggantikan kalung mutiara Alisha yang sebelum ini.

Demikian pula halnya dengan Allah S.W.T. terkadang Dia meminta sesuatu dari kita, kerana Dia berkenan untuk menggantikannya dengan yang lebih baik. Namun, kadang-kadang kita seperti atau bahkan lebih naif dari Alisha : Menggenggam erat sesuatu yang kita anggap amat berharga, dan oleh kerananya kita tidak ikhlas untuk kehilangan.


Untuk itulah perlunya sikap ikhlas, kerana kita yakin tidak akan Allah mengambil sesuatu dari kita jika tidak akan menggantinya dengan yang lebih baik. InsyaAllah.

Tuesday, May 21, 2013

Hanya Kerana 20 Sen...

Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.


Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"






Ps/: jgn la gadai iman kita dgn seberapa besar pun nilai wang.. kerna iman tak boleh di jual beli...




Monday, May 20, 2013

Pilihan Yang ada.. Sama Ada Diam Atau Bertindak..


IBARAT SEBUAH KAPAL


Realiti ini dinyatakan dalam hadis rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Daripada al-Numan Bin Bashir, Baginda s.a.w. bersabda,

Perumpamaan orang yang melaksanakan ajaran-ajaran Allah dan orang yang melanggarnya adalah seperti kaum yang menaiki kapal dan belayar dilautan. Sebahagian daripada mereka memperoleh tempat diatas dan sebahagian yang lain memperoleh tempat dibawah.

Orang yang berada dibawah naik ke atas untuk mengambil air, mereka mengganggu orang yang tinggal diatas. Kemudian orang yang berada diatas berkata:

“kami tidak akan membenarkan kamu naik menyakiti kami.”

Lalu orang yang berada dibawah berkata:

“Sesungguhnya kami menebuk lubang pada kapal dibahagian bawah untuk mengambil air.”

Kalau mereka (kaum yang berada diatas) menahan tangan mereka dan mencegah perbuatan mereka (kaum yang berada dibawah) itu, maka selamatlah semuanya. Tetapi sekiranya mereka (kaum yang berada diatas) membiarkan sahaja, maka mereka akan tenggelam kesemuanya.

Riwayat al-Tirmizi


Dalam analogi mudah ini, orang yang duduk dibahagian bawah kapal ibarat ahli maksiat yang suka melakukan kerosakan. Dibahagian atas pula golongan yang melihat kemungkaran tetapi berdiam diri dan mencegahnya. Jika orang yang berada dibahagian bawah kapal membuat lubang di kapal untuk mengambil air, ia berisiko menenggelamkan kapal.

Jika kita berada diatas, adakah wajar kita hanya membiarkan sahaja perbuatan yang berisiko besar itu? Adakah kita hanya selesa menikmati sinaran matahari dan bayu laut dengan tidak mempedulikan keperluan dan perbuatan mereka dibahagian bawah?

Jika maksiat berleluasa, impak buruknya akan turut terkena tempias kepada orang soleh. Jika bencana melanda kerana Allah murka, orang soleh juga tidak akan terkecuali. Jadi pilihan yang ada ialah sama ada diam atau bertindak. Pilihlah…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget