my entry..

get this widget here

Wednesday, November 28, 2012

MARAH ! MARAH! DAN MARAH!...


MARAH ! MARAH! DAN MARAH!...




Marah merupakan satu fitrah yang ada pada semua manusia yang normal. Ia akan hadir pada setiap manusia tanpa diberi tunjuk ajar. Marah ialah ekspresi perasaan kepada sesuatu perkara. Boleh jadi ia baik ataupun sebaliknya.

Marah yang baik ialah marah apabila melihat maksiat dan juga apabila Islam diinjak-injakkan. Biasanya marah jenis ini tidak menyebabkan seseorang hilang kawalan perasaan marah dan tidak memudaratkan. Marah yang tidak baik ialah marah kepada sesuatu perkara dengan cara yang berlebihan sehingga menyebabkan nafsu mengatasi akal. Maka, yang paling penting ialah bagaimana kta mengawal dan menghadapi perasaan marah itu.

Sebab itulah, Nabi s.a.w. amat memberi penekanan dalam aspek mengawal kemarahan. 

Daripada Abu Hurairah r.a, seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. :

berikan daku wasiat.

Baginda bersabda: “janganlah engkau marah

Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda : “janganlah engkau marah

(Riwayat al-Bukhari)

Marah bukan sahaja memberi kesan negatif dari sudut hubungan sosial bersama rakan-rakan, bahkan ia juga merbahaya kepada kesihatan kita. Salah satu bahaya yang disebabkan oleh marah diluar batasan ialah mati mengejut akibat kegagalan jantung berfungsi.


BAHAYA MARAH!

Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan marah yang keterlaluan boleh mencetuskan ketidaknormalan pada rentak jantung manusia, khususnya mereka yang berisiko tinggi.

Dr. Rachel Lampert dari Universiti Of Yale di New Haven berkata: “pemerhatian dibuat kepada sekumpulan manusia yang berada dalam situasi tertekan seperti marah. Hasil kajian mendapati bahawa kes-kes mati mengejut akan meningkat. Keadaan ini disebabkan oleh gangguan pada signal elektrik jantung yang menyebabkan risiko untuk menghidap ‘arrhythmia’ (denyutan tidak normal). ”


CARA UNTUK MENGAWAL KEMARAHAN…


1. DIAM
Apabila manusia marah, baisanya sukar untuk dia menuturkan kata-kata yang baik. Dia akan cenderung untuk menghamburkan segala kata-kata kesat yang pasti akan disesali kemudian hari. Maka, salah satu cara yang baik untuk mengawal kemarahan adalah dengan mendiamkan diri. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “apabila salah seorang daripada kalian marah maka hendaklah dia diam.” (Riwayat Ahmad).


2. DUDUK
Duduk juga merupakan salah satu cara yang baik utntuk mengawal perasaan marah. Jika berdiri, dikhuatiri perasaan marah akan diikuti oleh gerakan fizikal yang lain seperti memukul dan menendang. Hadis Nabi s.a.w maksudnya: “apabila salah seorang daripada kalian marah sedangkan dia berdiri, maka hendaklah dia duduk agar kemarahannya hilang. Apabila masih belum reda, maka hendaklah dia baring.” (Riwayat Abu Daud).


3. BERWUDUK
Mengambil wuduk adalah cara yang yang sangat baik untuk melegakan perasaan marah. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “marah ialah bara api, maka padamkan ia dengan berwuduk.” (Riwayat al-Bukhari).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget