my entry..

get this widget here

Sunday, October 21, 2012

Bila hati perempuan terluka…




Suatu petang si perempuan berjalan-jalan di sekitar Bandar.. dia berhenti betul-betul di hadapan kedai kek.. lalu terlintas difikirannya :

“esok birthday aku.. hmm nak beli kek la.. malam nanti boleh sambut sama-sama dengan dia.. lagipun dah janji nak jumpa dia malam ni lepas isyak..”

Si perempuan tadi dah berjanji nak jumpa dengan kekasihnya di KFC malam nanti.. selepas memilih kek dan membuat bayaran perempuan tadi pun pergi ke rumah adiknya untuk mengajak adiknya sambut hari jadinya pada malam ini bersama-sama di KFC.

Malam pun tiba…

Selepas Maghrib, perempuan tadi dan adiknya bersiap-siap untuk pergi KFC yang berdekatan dengan rumah adiknya. Mereka hanya berjalan kaki ke sana. Si perempuan tadi membawa bersamanya kek yang di beli petang tadi di Bandar.

Sesampainya di KFC dia membuat tempahan untuk 3 orang makan. Satu untuk dia, satu untuk adiknya dan satu untuk kekasihnya.. diambilnya 3 cawan dan 3 pinggan. Kemudian dia memilih tempat duduk yang selesa dan mengatur makanan serta kek yang dibawanya tadi di atas meja.

Sambil menunggu kekasihnya datang, perempuan tadi hanya berkongsi cerita dengan adik nya.. tiba-tiba dia terdengar bunyi masej masuk di handphone nya.. dia membuka dan ternyata mesej dari kekasihnya..

“abang datang lambat sikit.. lepas solat Isyak ada tahlil kat surau”

Ada rasa terkilan di hati si perempuan tadi apabila membaca mesej dari kekasihnya itu.. kerana pasti lah kekasihnya lambat datang sedang kan dia tidak boleh balik lewat pada waktu malam. Tetapi dia kuatkan juga hati nya, walaupun lambat tetapi kekasihnya buat benda yang baik.. bukan pergi mana-mana pun.. pergi tahlil.. bukan kah perkara baik..

“Alhamdulillah” ucapnya..

Sambil menunggu kekasihnya datang, perempuan tadi dan adiknya menangkap gambar untuk dijadikan kenangan. Dia rasa tidak sabar untuk menunggu kedatangan kekasihnya itu. Kekasihnya datang pada malam itu sudah cukup bermakna dan itu lah hadiah yang paling dia harapkan. Tiba-tiba ada mesej lagi yang masuk dalam inbox handphone nya.. ada rasa lain macam apabila dia ingin membuka mesej yang baru dia dapat dari kekasihnya itu..

“abang tak dapat datang malam ni..”


Satu titik.. dua titik.. tiga itik.. makin banyak air mata jatuh kat pipi perempuan tadi.. tak terucap dibibirnya.. luluh hatinya.. seperti dihiris- hiris.. manis yang diharapkan, racun yang di berikan..

Dia keluar dihadapan KFC.. tidak dapat ditahan tangisan nya.. makin ditahan, makin laju air matanya… akhirnya dia mengalah.. air mata yang mengalir dibiarkan sahaja.. dia sudah tidak peduli orang pandang.. dia sudah tidak peduli apa dalam fikiran orang yang melihatnya.. yang penting dia perlu lepaskan semuanya.. dia sedar ada pekerja KFC yang memerhatikan dia.. kerana dari awal masuk lagi dia telah meletakkan kek di atas meja.. dia keluar di hadapan KFC itu pun pekerja KFC itu masih memerhatikan dia.. MALU !! itu yang dia rasa saat itu..

Dia kembali semula ke tempat duduk tadi. Lalu dia berkata kepada adiknya untuk bungkus semua makanan dan kek tadi..

“Jom balik dik, kita makan kat bilik je la..”

Si perempuan dan adiknya pulang ke rumah.. di dalam hatinya dia berkata..

“Tahniah abang ! tahniah sebab luka kan hati ni.. terima kasih jugak sebab bagi hadiah hari jadi yang memang betul-betul bermakna dalam hidup ni.. memang takkan dilupakan sampai bila-bila..”

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget