my entry..

get this widget here

Tuesday, July 24, 2012

Antara Keajaiban Puasa


PUASA DAN KESIHATAN

   
183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
184. (Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.


                Puasa Ramadhan adalah rukun Islam yang ke-4. Ia difardhukan ke atas Umat Islam pada tahun ke-2 Hijrah Baginda Rasulullah s.a.w. ke Madinah. Puasa satu ibadat yang ada hubungkait dengan badan yang dilakukan oleh seseorang kerana tujuan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Menurut syarak, puasa itu bermaksud meninggalkan makan, minum dan segala perkara-perkara yang boleh membatal dan merosakkan puasa daripada terbit fajar (waktu subuh) sehinggalah terbenam matahari (waktu maghrib).
                Ibadat puasa memberi kesan kepada rohani. Seseorang yang berpuasa dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t. mereka akan mendapat keredhaan Allah dan akan diberi ganjaran pahala dan kebajikan di dunia dan juga di akhirat kelak Allah menjanjikan keampunan seperti sabda Rasulullah s.a.w. :

مَن صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنْبِهِ. (فتح البارى 5/17)

Sesiapa yang telah menunaikan ibadat puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan perkiraan tentang kebaikannya maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

IBADAT PUASA MAMPU MERAWAT PENYAKIT.

                Ibadat puasa bukan sekadar ibadat biasa yang wajib ditunaikan kerana mematuhi perintah Allah s.w.t. semata-mata tetapi ibadat puasa mempunyai hikmahnya yang tersendiri yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Selain hikmat yang berbentuk kerohanian, seperti mendidik personality yang baik, pemurah, berakhlak mulia, jujur, dan amanah. Ibadat puasa juga mampu menjana kesihatan yang sempurna bagi yang benar-benar ikhlas kerana Allah.  Ibadat puasa dikenal pasti mempunyai hikmat yang sangat mengkagumkan serta boleh mengubati banyak penyakit kronik yang tidak boleh diubati antaranya ialah:


a.       Membunuh virus dan membuang racun yang tertinggal di dalam badan hasil dari makanan yang dimakan sepanjang tahun.
b.       Mengurangkan kebarangkalian berlaku bengkak atau kanser hati. Puasa cara Islam yang diselangseli dengan makan diwaktu malam serta menahan makan dan minum di waktu siang hari, boleh membantu mengubati penyakit bengkak hati. Sistem pemakanan yang teratur di bulan puasa menjadikan sel badan mampu mengurangkan kebarangkalian berlakunya penyakit kanser.
c.        Puasa melambatkan proses penuaan. Kajian mendapati bahawa ibadat puasa melambatkan sel otak menjadi tua atau lemah, dari itu akan melambatkan berlakunya penyakit nyanyuk.
d.       Para doktor mengakui bahawa ibadat puasa boleh mengawal lebihan berat badan yang menjadi punca segala penyakit.
e.       Puasa juga boleh menukarkan gula, garam dan kolestrol yang banyak terdapat di dalam anggota dalaman serta saraf, untuk menjana tenaga dengan ini ia membantu kelancaran perjalanan darah di dalam badan dan menjadikan seseorang yang berpuasa menjadi lebih sihat.

Pakar perubatan hari ini telah merumuskan bahawa ‘ibadat puasa cara Islam’ mampu mengubati beratus-ratus jenis penyakit.  Penyakit ini boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan penyakit. Antaranya ialah:
1.       Penyakit yang terhasil dari penyakit tekanan darah tinggi.
2.       Penyakit yang terhasil dari penyakit kencing manis.
3.       Penyakit yang terhasil dari sakit sesak nafas atau lelah.
4.       Penyakit yang terhasil dari sakit jantung dan bengkak saraf.
5.       Penyakit yang terhasil dari sakit di bahagian hati seperti bengkak hati dan lain-lain.
6.       Penyakit kulit yang terhasil dari kesan alergi yang berterusan.
7.       Penyakit yang terhasil kerana sakit batu karang.

Puasa mampu mengubati kanser kerana puasa adalah satu-satunya perisai yang mampu mempertahankan system ketahanan badan atau antibody bagi melawan penyakit. Ketika kita berpuasa, bahan lemak dan gula yang tertinggal berlebihan di dalam badan dan darah, akan diguna pakai oleh system badan untuk menjana tenaga bagi orang yang berpuasa yang tidak menjamah makanan di waktu siang hari. Dengan menunaikan ibadat puasa, maka kandungan gula dan lemak di dalam badan secara langsung akan dapat dikurangkan. Kesimpulannya, apabila kita berpuasa, kita akan menjadi sihat luaran dan dalaman.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget