my entry..

get this widget here

Sunday, November 27, 2011

KEPENTINGAN ISTIGHFAR....



اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْت
 
Saiyidul Istighfar (penghulu segala istighfar) :

Sabda Rasulullah s.a.w; “ Barangsiapa bertaubat dan membaca istighfar ini dengan ikhlas dan yakin maka sekiranya dia mati pada hari itu, Allah s.w.t. akan masukkan ia ke dalam syurga.”
Allah s.w.t. berfirman : “ Dan mohonlah keampunan dari Allah s.w.t. , sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ”

Maka kita diperintahkan oleh Allah SWT supaya memohon ampun dariNya. Sepertimana yang kita ketahui, Rasulullah S.A.W adalah seorang yang ma’sum iaitu jauh dari dosa tetapi tiap-tiap hari baginda memohon ampun dan beristighfar tidak kurang dari 70 kali. Atas sebab ini kita sebagai hamba yang sentiasa membuat dosa, perlulah beristighfar lebih daripada itu. Beristighfar juga adalah salah satu daripada rangkaian iman.


Kelebihan Istighfar:

1) Memperoleh anugerah & keutamaan daripada Allah
2) Meruntuhkan tipu daya iblis & menghancurkan kesesatan bisikannya
3) Menghilangkan kesusahan, meluaskan rezeki & memenuhi hajat
4) Menghilangkan kemarahan & perasaan tidak sabar
5) Mensucikan diri dari kesalahan
6) Mencegah malaikat pencatat amalan menulis kesalahan *Apabila seseorang hamba berdosa, tidak dituliskan segera kesalahan itu di dalam kitab cacatan amalan orang itu kerana menunggu samada hamba itu beristighfar atau tidak. Jika ia beristighfar dan menyesali perbuatannya tadi maka dosanya itu tidak ditulis.
7) Membersihkan hati dari kelalaian & melicinkan hati dari kelupaan
8) Mendekatkan diri kepada Allah, mengkifarah 10 dosa, menjadi sebab diterima taubat & memperolehi Husnul Khatimah
9) Memperolehi keselamatan & kesejahteraan
10) Diangkat darjatnya di dalam syurga *Sabda Rasulullah s.a.w.: “Bahawasanya Allah mengangkat darjat seseorang hambaNya di dalam syurga. Maka si hamba itu bertanya; “Dari manakah saya memperoleh darjat ini Ya Tuhanku?. Menjawab Allah s.w.t. ; Darjat ini kamu perolehi dari istighfar yang dilakukan oleh anakmu.
 
Adab Beristighfar:

#Meninggalkan maksiat yang dilakukan
#Menyesali perbuatan maksiat yang telah dilakukan
#Berazam tidak akan mengulangi kesalahan atau maksiat itu
#Digalakkan mengulang istighfar sebanyak 3 kali
#Hendaklah istighfar itu dilakukan dengan lidah yang mengucapkannya beserta hati yang benar-benar tunduk & harap akan memperolehi keampunan Allah.

Tempat Dan Masa:

-Sepanjang hari sepanjang malam
-Sesudah terlanjur melakukan dosa
-Ketika hendak meninggalkan sesuatu majlis
-Ketika sahur, hendak tidur, keluar dari tandas
-Pada permulaan atau pertengahan atau selesai berwudhuk
-Ketika terbenam matahari, gerhana matahari
-Ketika masuk & keluar dari masjid
-Di dalam solat dan ketika gelisah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget