my entry..

get this widget here

Sunday, October 16, 2011

Memiliki Kekurangan Adalah Kelebihan Kita????..


Pada zaman dahulu, ada seorang makcik pengangkut air yang memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Setiap hari makcik itu akan memikul pengandar itu untuk mengangkut air dari sungai ke rumahnya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan
panjang dari sungai ke rumahnya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.

Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Mak cik pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke  rumahnya setiap hari. Tempayan yang tidak retak merasa amat bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Dia telah banyak berjasa kepada mak cik pengangkut air kerana air di dalamnye sentiasa penuh. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki. Bermakna hanya separuh air sahaja didalamnya yang retak itu setiap kali sampai di rumah makcik pengangkut air.

Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu berkata kepada mak cik si pengangkut air;

" Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf kepada mak cik. "

" Kenapa? " tanya mak cik si pengangkut air.

" Kenapa kamu berasa malu? "

" Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air daripada yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah mak cik. Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi " , kata tempayan retak itu.

mak cik Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak,
dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;

" Jika kita kembali ke rumah esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. "

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir
perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang
dibawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada mak cik si pengangkut air atas kegagalannya.

mak cik Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu?

" Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari sungai, bahagian kamu yang retak akan mengairi dan menyiram benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja dirumah kita. Sesungguhnya tanpa kamu, kita tidak akan dapat menghias rumah seindah ini. "

Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takut akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang, terselit
kekuatan yang kita belum temui.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget