my entry..

get this widget here

Sunday, October 30, 2011

Fakta Lama Tapi Baru???

A : Hakikat dalam hidup kita semua sama.

B : Betul ke sama? Apa yang sama tu? Boleh awak terangkan..

A : Ok macam ni la.. Saya story sikit pasal hidup kita yang orang pandang remeh. Yang orang lain rasa perkara biasa. Orang tak pernah nak ambil berat and cakna dengan benda ni..

B : Apa ek?.. Tak tau la..

A : Laa.. Ni mesti tak pernah terfikir ni.. Fakta lama tapi baru.. Awak nak tau tak?

B : Mesti la nak.. Apa dia? Gossip terhangat ke?

A : Haha… Mesti la hangat. Tapi ini fakta lama cume dia baru je.. Awak tau tak, kalau kita nak buang air kecil or besar kita kena bayar 20sen. Kalau nak mandi lagi la kena bayar.. 50 sen pulak tu..

B : Eh, yeke? Takkan nak buang air pun kena bayar kot?

A : Yela.. Awak pernah pergi tandas awam.. Yang kat stesen bas ke.. or yang kat tempat rekrasi ke..

B : Ooo… Pernah g.. Alaa, biasa la tu kena bayar.. Takkan awak baru tau kot..

A : Da lama tau.. Thats why saya cakap fakta lama tapi baru..hehe.. Awak tak kisah ke kalau masuk tandas kena bayar? Awak tak pernah terfikir ke kenapa kena bayar? Awak sedar tak yang duit ni raja dunia sampai nak buang air pun kena bayar?

B : Eerrmm…. Tapi segala-galanya bukannya duit.. Contohnya macam kasih sayang, keluarga.

A : Memang betul. Tapi zaman sekarang ni segala-galanya memerlukan duit. Percaya tak? Sedangkan nak buang air pun da kena bayar. Apatah lagi keperluan lain. Nak makan, nak pakaian, nak tidur. Nak kahwin pun perlukan duit. Kahwin plak atas dasar apa? Cinta dan kasih sayang kan? Kahwin sebab keluarga kan?

B : Haah la.. Kenapa saya tak pernah terfikir ea? Kenapa selama ni saya tak sedar ek? Kenaapa saya pandang remeh dengan perkara ni?

A : Sebab kita semua buat perkara yang sama. Jadi tak rasa apa-apa la. Padahal kita tau duit raja dunia dan juga raja hati kemahuan kita semua… Semua orang suka duit. Mana ada dalam dunia ni orang buang duit. Semua orang cari duit. Orang yang kerja pun mesti la nak duit. Buat la kerja apa-apa pun. Matlamatnya mesti sebab duit.

B : Yeke? Da tu kalau ada orang kerja sebab ikhlas dan dia minat kerja tu macam mana?

A : Maksud awak orang yang kerja sebab minat dan ikhlas? Duit bukan perkara utama dia? Macam tu maksud awak?

B : Yups.. Macam kakak saya. Dia kerja cikgu. Dia memang minat mengajar. Minat sangat-sangat. Dari kecil lagi dia suka mengajar. Dari sebelum dia kahwin sampai la sekarang da kahwin dia tak pernah merungut dengan kerjaya dia.

A : Ooo…awak pernah tanya kakak awak sebab apa dia minat? Awak pernah tanya tak, andai dia kerja sebagai cikgu dan dibayar gaji sebulan RM30 je dia nak kerja lagi tak?

B : Mana boleh macam tu! Dia kan cikgu. Ada ijazah lagi. Tak sepatutnya gaji dia RM 30 je. Mak cik cleaner kat sekolah tu pun gaji da RM400.. Takkan la gaji dia sikit tu je. Da la dia da kahwin dan ada anak plak tu. Kena la tolong suami dia untuk perbelanjaan keluarga jugak.

A : eh..awak yang kerja cikgu atau kakak awak? Kenapa awak plak yang tak puas hati? saya kan suruh tanya je..Saya baru suruh tanya kakak awak. Saya rasa kalau kakak awak yang jawab soalan ni mesti dia lagi tak puas hati kan? Tapi tadi awak cakap kakak awak kerja sebab minat.. Sebab ikhlas.. Dia tak boleh persoalkan tentang gaji sebab duit bukan perkara utama dia.

B : Eerrm.. Haah kan.. Betul cakap awak.. Segala-galanya memerlukan duit.. memang duit tu material tapi zaman sekarang duit tu satu keperluan. Tiada yang percuma dalam dunia ni.

Sunday, October 16, 2011

Memiliki Kekurangan Adalah Kelebihan Kita????..


Pada zaman dahulu, ada seorang makcik pengangkut air yang memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Setiap hari makcik itu akan memikul pengandar itu untuk mengangkut air dari sungai ke rumahnya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan
panjang dari sungai ke rumahnya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.

Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Mak cik pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke  rumahnya setiap hari. Tempayan yang tidak retak merasa amat bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Dia telah banyak berjasa kepada mak cik pengangkut air kerana air di dalamnye sentiasa penuh. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki. Bermakna hanya separuh air sahaja didalamnya yang retak itu setiap kali sampai di rumah makcik pengangkut air.

Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu berkata kepada mak cik si pengangkut air;

" Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf kepada mak cik. "

" Kenapa? " tanya mak cik si pengangkut air.

" Kenapa kamu berasa malu? "

" Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air daripada yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah mak cik. Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi " , kata tempayan retak itu.

mak cik Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak,
dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;

" Jika kita kembali ke rumah esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. "

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir
perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang
dibawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada mak cik si pengangkut air atas kegagalannya.

mak cik Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu?

" Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari sungai, bahagian kamu yang retak akan mengairi dan menyiram benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja dirumah kita. Sesungguhnya tanpa kamu, kita tidak akan dapat menghias rumah seindah ini. "

Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takut akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang, terselit
kekuatan yang kita belum temui.

Sunday, October 9, 2011

PENUBUHAN PERSATUAN BELIA PROFESIONAL ISLAM MALAYSIA (BEPRISMA)...

**Sesiapa yang berminat untuk bersama-sama dalam persatuan ini dan yakin betul-betul bahawa dia akan memberi komitmen harap boleh memberi maklumat diri (NAMA, NO I/C, NO. TEL, UNIVERSITI/TEMPAT KERJA,) kepada saya (013-6424458) atau PM dlm INBOX FB...hanya 10 yang terawal akan di senaraikan sebagai AJK/EXCO persatuan ini.**

PENGENALAN

Belia merupakan masyarakat pelapis yang bakal menjadi pemimpin negara. Setiap belia negara perlu dibekalkan bukan sahaja dengan ilmu agama dan pengetahuan malah juga sifat kepimpinan dalam membina jatidiri yang mantap.  Penubuhan  persatuan belia ini juga diharap dapat dijadikan sebagai tapak bagi mereka untuk terus mencurahkan segala pendapat yang kreatif  demi mengharungi masa depan yang terus mencabar. Nama persatuan belia yang bakal ditubuhkan adalah Persatuan Belia Profesional Islam Malaysia. (BPIM). Cadangan persatuan ini akan ditubuhkan di Maahad Ahmadi Gemencheh, Negeri Sembilan. 

TUJUAN PENUBUHAN

Persatuan belia yang bakal di tubuhkan adalah bertujuan:
a)    Mengumpulkan semua belia islam secara berperingkat di bawah satu bumbung.
b)    Mewujudkan belia yang lebih berketrampilan dan berfikiran matang
c)    Mewujudkan belia yang cekap memimpin
d)    Belia yang sentiasa kreatif dan berani mencuba
f)    Sentiasa berfikiran terbuka dan di luar kotak
g)    Berkebolehan berinteraksi dengan semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan peringkat umur.
h)    Mempromosikan seni dan budaya yang berlandaskan islam.
i)    Mendidik para belia kepada dunia sekeliling yang sentiasa mencabar
j)    Mempunyai semangat sukarelawan
k)    Semua program yang berkaitan pembangunan islam akan dilaksanakan
 
Syarat-syarat pemilihan anggota:


a)     Beragama islam
b)    Berumur di antara 15 hingga 40 tahun
c)     Pemikiran yang kreatif
d)    Sentiasa bersedia untuk bertindak sebagai pencetus idea
e)    Bersedia untuk memimpin
f)    Memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap segala aktiviti yang dilaksanakan
g)    Mempunyai sifat displin yang tinggi
i)    Mempunyai sifat integriti yang tinggi
h)    Bersifat profesional


Kesimpulan

Persatuan belia yang bakal ditubuhkan di Maahad Ahmadi ini diharap dapat memberi perubahan atau kesan yang drastik kepada semua belia yang terlibat. Segala rancangan yang telah disusun akan dilaksanakan berdasarkan kepentingan program kepada para belia. Melalui program ini diharap para belia yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa mendatang dapat melalui segala cabaran dengan lebih profesional dan berfikiran matang.  Sesungguhnya langkah pertama dalam penubuhan belia ini adalah langkah yang amat penting demi memartabatkan  maruah bangsa Melayu yang beragama islam supaya  terus di pandang mulia  terutamanya di kalangan mereka yang bukan beragama islam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget