my entry..

get this widget here

Wednesday, August 10, 2011

JaNgAn NaK BaNgGa SaNgat...

Pada suatu hari ada 3 orang pelajar IPT yang bercadang pergi bercuti ke suatu pulau. Di hari yang dijanjikan, mereka pun menyewa sebuah bot dari jeti untuk ke pulau itu.

Disebabkan mereka tidak tahu arah ke pulau itu maka mereka menyewa bersama dengan pemandu bot yang sudah tua. Perjalanan ke pulau itu mengambil masa yang agak lama lalu ke tiga-tiga pelajar IPT tadi merasa bosan. Untuk menghiburkan hati, mereka berpakat untuk mempermainkan pemandu bot yang sudah tua itu.

Berkatalah salah seorang pelajar itu kepada pemandu bot,

"pakcik,pakcik tau geografi tak??".
pemandu tua tadi menggeleng-gelengkan kepala. Lalu mereka bertiga ketawa geli hati.

Pelajar kedua pula bertanya,

"pakcik,pakcik tau matematik tak?"..Pakcik itu menggeleng-geleng kepala tanda tidak tahu.

Ketiga-tiga pelajar tadi ketawa lagi dengan penuh bangga dan riak. Masakan mereka tidak sombong serta bangga..lelaki tua itu tidak tahu apa itu geografi malahan tidak pernah dengar perkataan geografi.

Pelajar ketiga pula bertanya, "Pakcik, pakcik tau tak apa itu fizik kuantum mekanik?". Pakcik itu tunduk saja tanda tidak tahu dan malu. Malu dan terasa dirinya telah dipermainkan oleh ketiga-tiga anak muda itu. Lalu mereka bertiga ketawa besar..
 hahahaha...kahkahkah... fizik pun tak tau.."


Agak lama juga mereka mentertawakan orang tua itu.. setelah penat baru mereka berhenti. Perjalanan diteruskan sambil pelajar-pelajar itu berbual sesama mereka tentang aktiviti yang bakal mereka lakukan setelah sampai di pulau itu nanti.


Tiba-tiba langit berubah menjadi gelap, laut yang tenang menjadi bergelora. Hempasan ombak mula masuk dalam bot. Cuaca yang tadinya cerah sudah mula bertukar mendung. Ketiga-tiga pelajar tadi menjadi pucat dan terasa takut. 

Bot yang mereka naiki berada di tengah lautan dalam. Mereka tak mau mati diusia muda. Agak jauh untuk berpatah balik ke daratan untuk menyelamatkan diri.Tiba-tiba pakcik yang berwajah tenang itu bersuara,
"anak-anak semua tahu berenang tak?".

Ketiga-tiga mereka menggeleng-geleng kepala. Lalu pakcik tua itu ketawa besar,
"kahkahkah....hahahahaha...sambil berkata,


”pakcik tidak tahu geografi, matematik atau pun fizik..pakcik tidak mati..tetapi anak-anak yang tidak tahu berenang..akan mati.." lalu pakcik itu terjun ke laut dan berenang kepulau yang berhampiran. Maka karamlah ketiga-tiga pelajar tadi bersama bot itu.

Apa pengajaran yang kita dapat simpulkan?..
1)usahla kita berbangga dengan ilmu yang kita ada..
2) jangan memandang rendah pada orang yang nampak kurang berilmu..
3) ilmu yang kita ada belum tentu dapat menyelamatkan kita di situasi yang kita tidak duga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget