my entry..

get this widget here

Sunday, March 13, 2011

Al-Kusyji ahli astronomi dan matematik

AL-KUSYJI atau nama penuhnya, Ali bin Muhammad al-Kusyji ‘Ala’uddin terkenal sebagai ahli matematik dan astronomi. Beliau dilahirkan di Samarkand dan meninggal dunia di Istanbul pada 5 Syaaban 879H bertepatan dengan 19 Disember 1474M.



Al-Kusyji pertama kali belajar dan mendalami matematik serta astronomi di daerah kelahirannya di bawah pemerintahan Ulugh Beg, amir yang juga terkenal sebagai ahli astronomi.

Kadi Zade’i Rumi merupakan ketua di sebuah institusi perguruan ternama di Samarkand. Kemudiannya al-Kusyji menggantikan kedudukan Kadi Zade’i Rumi sebagai Pengarah Balai Cerap Samarkand yang masyhur itu.

Di samping itu, beliau turut mengambil bahagian dalam penyusunan buku Zij Gurkani iaitu sebuah biografi diri Amir Ulugh Beg. Buku tersebut merupakan sebuah kompilasi yang diberi kata pengantar oleh al-Kusyji. Namun, secara diam-diam, beliau meninggalkan jawatannya itu dan berangkat ke Karman untuk melanjutkan pengajian. Sedangkan ruang kerjanya yang dikenal dengan nama Asykal al-Kamar diserahkan kepada rakan sekerjanya.

Setelah terjadi peristiwa pembunuhan ke atas Ulugh Beg, al-Kusyji tidak berdiam diri di Samarkand tetapi menetap di Tabriz bersama dengan Uzun Hasan, penguasa Ak-Koyun III. Lalu, beliau di utus oleh raja tersebut ke kedutaan Uthmaniah, Sultan Muhammad II. Beberapa waktu di sana, beliau kembali ke Istanbul dan menduduki jabatannya setelah berada di Tabriz untuk menyelesaikan suatu misi politik.

Sebagai seorang ilmuwan yang cukup terkenal, beliau pernah diangkat menjadi guru besar dalam bidang sains. Pemikiran-pemikirannya mempunyai pengaruh besar pada perkembangan sains di Turki. Sewaktu berada di Kirman, beliau sempat menyusun sebuah komentar terhadap karya Nasiruddin Thusi, Tajrid al-Kalam yang dipersembahkannya kepada kepada Abu Said Khan. Al-Kusyji juga pernah mengarang buku yang membahaskan tentang tatabahasa dan bahasa retorik.
 



Di antara karya-karyanya itu, yang paling terkenal adalah Risalah fi al-Haya dan Risalah fi al-Hisab serta sebuah komentar terhadap Zij karya astronomi Ulugh Beg. Karya Risalah al-Fathiyyah dan Risalah Muhammadiyah merupakan penafsiran dari Risalah fi al-Haya dan Risalah fi al-Hisab.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget