my entry..

get this widget here

Tuesday, March 15, 2011

Kena memberi baru boleh menerima..


                Assalamualaikum sahabat-sahabat yang sedang membaca.. semoga sihat disamping keluarga yang tersayang…(macam tulis surat pulak..huhu).. tika ini saya rasa HEBAT!!..hebat di sini bukan bermaksud saya nak berbangga diri atau nak masuk bakul angkat diri sendiri..maklumlah, saya juga manusia seperti sahabat-sahabat. Tapi HEBAT disini adalah satu doa untuk memantapkan diri menuju ke arah angkasa kejayaan. Ingin tahu rahsia HEBAT saya ini?..hehe…nanti saya akan berkongsi dengan anda. Tapi bukan sekarang…kalau sahabat-sahabat nak tahu juga kenapa ketika ini saya rasa HEBAT!!!, boleh contact saya dalam FB @ secara terus ‘eye to eye’ pun boleh dan lagi dialu-alukan..(tak cukup tapak tangan, tapak gajah saya tadahkan..huhu)

                Entri saya untuk kali ini berkenaan ‘kena memberi baru boleh menerima’..memberi dan menerima ini sudah kita tahu dan dengar. Dan ada juga pepatah yang mengatakan tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima. Ia menggalakkan kita kita untuk memberi lebih kepada orang lain dan bukan menunggu dan menerima pemberian dari orang lain.
 Nak dijadikan cerita sekarang ni handset saya ada masalah dimana ‘die’ tak boleh terima mesej. Saya tak tahu la kat mane problem nye tu. Adakah berkaitan dengan nset itu sendiri atau pada line celcom?..(untuk makluman saya guna no celcom..bukan nak promote ek..) kalau disebabkan nset saya masuk virus, saya da format memory card n nset tu sendiri. Saya juga da bawa ‘die’ ke klinik swasta (kedai nset la tu..) untuk medical checkup tapi still lagi ‘die’ sakit.. Alhamdulillah, doktor nset tu bermurah hati untuk memberi perkhidmatan percuma.. jadi medical checkup tu free of charge aje…mungkin doktor
tu tengok muka saya yang cute ni buat muka 5sen kot..haha..

Kalau sebab line celcom, kawan saya yang guna celcom ok-ok aje. Tak ada masalah pun. Ada juga kawan saya yang pernah mengalami pengalaman macam saya ni. Dia nasihatkan saya untuk keluarkan simkad then masukkan semula ke dalam nset. Saya da cube banyak kali.. tapi nset saya still sakit.. bila ‘die’ sakit saya juga turut merasai kesakitan nye tu..bahkan saya lah yang menerima komplikasi dan effect yang lebih teruk dari ‘die’.. why? Sebab saya terpaksa contact ramai orang dan agak ramai juga yang mesej saya..lebih-lebih lagi kawan satu kelas saya n bisness partner saya.. (de yang berminat nak jadi bisnes partner saya?? insyaAllah bisnes ni tiada risiko yang tinggi dan ia adalah keperluan setiap manusia..Bleh contact saya..).. apabila kawan-kawan satu kelas saya jumpa atau tegur saya atau apa-apa yang sewaktu dengannya, pasti soalan yang popular : “izzati nape xreply mesej? Awk dpt tak mesej saya? Nape akak contact zati xdapat?” N macam macam lagi yang berkaitan mesej.. bagaimana saya nak bagi feedback pada mereka sedangkan saya tidak dapat mesej dari mereka.. (sadis betul..)

Alkisahnya, cara saya untuk terima mesej dari kawan-kawan saya adalah dengan memberi orang lain mesej. Saya balas mesej kawan-kawan saya then saya hantar ‘mesej best’ @ ‘kata-kata hikmah’ kat kawan-kawan saya yang lain plak. Lepas saya hantar mesej best2 tu pandai pulak mesej lain masuk inbox. Rasa geram sesangat sebab kos untuk menghantar mesej jadi 2kali ganda dari kebiasan dan kadang-kadang saya terpaksa ambil jalan mudah dengan telefon terus untuk menjimatkan masa yang pada hakikatnya tidak jimat dari segi kos..(bukan kedekut kredit tp langkah jimat cermat..nak tau tak, seboleh-bolehnya saya nak blanje satu hari dlm RM2 je…).. Saya rasa nak campak je si ‘die’ kat dinding..huhu… tapi ‘die’ saya beli dengan duit gaji saya sendiri. So, kalau nak campak tu kena fikir berjuta-juta kali la…haha

Ini la Si Dia yg Sy nk cmpak kt dinding tu...huhu..kena pkir bnyk kali gak kn????
Setelah beberapa hari, saya sedar… de hikmah yang tersembunyi lagi tersirat..(ayat bombastik sikit…huhu) mengapa nset saya sakit. Ia satu pengajaran buat saya supaya lebih banyak memberi dari menerima. Analoginya saya harus memperbanyakkan memberi apa-apa (tidak semestinya mesej, boleh jadi ilmu, hadiah dan yg sewaktu dengannya..) semoga sahabat-sahabat yang lain mengambil satu contoh dan tidak mengulangi kesilapan saya dari kisah saya ini yang serba kekurangan supaya ia tidak menjadi satu kekurangan kepada diri sahabat-sahabat pula….insyaAllah….. semoga ia menjadi satu langkah permulaan untuk kita menjadi yang lebih baik dari semalam. Wallahu A’lam…

Sunday, March 13, 2011

Al-Kusyji ahli astronomi dan matematik

AL-KUSYJI atau nama penuhnya, Ali bin Muhammad al-Kusyji ‘Ala’uddin terkenal sebagai ahli matematik dan astronomi. Beliau dilahirkan di Samarkand dan meninggal dunia di Istanbul pada 5 Syaaban 879H bertepatan dengan 19 Disember 1474M.



Al-Kusyji pertama kali belajar dan mendalami matematik serta astronomi di daerah kelahirannya di bawah pemerintahan Ulugh Beg, amir yang juga terkenal sebagai ahli astronomi.

Kadi Zade’i Rumi merupakan ketua di sebuah institusi perguruan ternama di Samarkand. Kemudiannya al-Kusyji menggantikan kedudukan Kadi Zade’i Rumi sebagai Pengarah Balai Cerap Samarkand yang masyhur itu.

Di samping itu, beliau turut mengambil bahagian dalam penyusunan buku Zij Gurkani iaitu sebuah biografi diri Amir Ulugh Beg. Buku tersebut merupakan sebuah kompilasi yang diberi kata pengantar oleh al-Kusyji. Namun, secara diam-diam, beliau meninggalkan jawatannya itu dan berangkat ke Karman untuk melanjutkan pengajian. Sedangkan ruang kerjanya yang dikenal dengan nama Asykal al-Kamar diserahkan kepada rakan sekerjanya.

Setelah terjadi peristiwa pembunuhan ke atas Ulugh Beg, al-Kusyji tidak berdiam diri di Samarkand tetapi menetap di Tabriz bersama dengan Uzun Hasan, penguasa Ak-Koyun III. Lalu, beliau di utus oleh raja tersebut ke kedutaan Uthmaniah, Sultan Muhammad II. Beberapa waktu di sana, beliau kembali ke Istanbul dan menduduki jabatannya setelah berada di Tabriz untuk menyelesaikan suatu misi politik.

Sebagai seorang ilmuwan yang cukup terkenal, beliau pernah diangkat menjadi guru besar dalam bidang sains. Pemikiran-pemikirannya mempunyai pengaruh besar pada perkembangan sains di Turki. Sewaktu berada di Kirman, beliau sempat menyusun sebuah komentar terhadap karya Nasiruddin Thusi, Tajrid al-Kalam yang dipersembahkannya kepada kepada Abu Said Khan. Al-Kusyji juga pernah mengarang buku yang membahaskan tentang tatabahasa dan bahasa retorik.
 



Di antara karya-karyanya itu, yang paling terkenal adalah Risalah fi al-Haya dan Risalah fi al-Hisab serta sebuah komentar terhadap Zij karya astronomi Ulugh Beg. Karya Risalah al-Fathiyyah dan Risalah Muhammadiyah merupakan penafsiran dari Risalah fi al-Haya dan Risalah fi al-Hisab.

Al-Kazwini pakar ilmu falak dan geografi

AL-Kazwini dilahirkan sekitar tahun 600H/1200M di Kazwin, Parsi tetapi berketurunan Arab asli. Beliau berasal daripada keluarga Arab yang moyangnya ialah Sheikh Abu al-Kasim bin Hibat Allah al-Kazwini yang kemungkinan merupakan keturunan Anas bin Malik yang terkenal sebagai seorang ahli ilmu falak.

Di samping itu, beliau mempunyai keahlian dalam bidang lain misalnya geografi, astronomi, geologi, mineralogi, botani dan etnografi. Nama penuhnya ialah Zakariyya bin Muhammad bin Mahmud Abu Yahya al-Kazuini. Beliau meninggal dunia pada 682H/1283M.

Setelah menamatkan pengajian di kampung halaman, al-Kazwini berhijrah ke Baghdad dan menetap di Damsyik. Pada 630H/1233M, beliau bertemu dengan seorang ahli falsafah bernama Ibnu al-Arabi.

Selain itu, al-Kazwini juga melakukan perjalanan di Parsi dan mengunjungi Kota Jannaba. Menurut Ibnu Taghribirdi, al-Kazwini pernah menetap di Al-Wasit dan Al-Hilla untuk melaksanakan tugasnya sebagai kadi di bawah pemerintahan Khalifah al-Mu’tasim.

Apabila Baghdad diserang orang orang Mongol pada 656H/1258M, beliau kembali kepada kehidupan yang penuh intelektual di atas pentas keilmuan dan mencurahkan perhatian sepenuhnya pada aktiviti-aktiviti ilmiah.

Beliau merupakan penulis dua buah karya besar dalam bidang kosmografi dan geografi. Buku pertamanya bertajuk `Aja’ib al-Makhluqat wa Ghara’ib al-Mawjudat’ (Prodigies of Things and Mitaculous Aspects of Things Existing). Ia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu mengulas tentang benda-benda yang tidak berkaitan dan berkaitan dengan bumi.

Dalam bahagian pertama, ia menggambarkan fenomena yang berhubung dengan langit seperti bulan, bintang, matahari, penghuni syurga, malaikat dan sebagainya. Pada bahagian terakhir, beliau menghuraikan masalah kronologi dan penanggalan-penanggalan Arab dan Syria. Bahagian kedua pula dimulai dengan bahasan mengenai empat elemen (tanah, air, api dan udara), meteor dan angin. Kemudian, beliau menggambarkan pembahagian bumi kepada tujuh iklim serta memberikan deskripsi tentang laut dan sungai. Buku tersebut merupakan eksposisi kosmografi yang sistematik dan sangat popular dalam dunia Islam.

Deskripsi tentang bumi dalam dalam buku berjudul, Atsar al-Bilad berdasarkan pembahagian Ptolemaic bahawa bumi terbahagi kepada iklim, kota-kota, negeri, gunung dan sungai. Dengan demikian karya buku geografi al-Kazwini mirip karya Mu’jam al-Buldan.

Asprisiasi yang tinggi membuatkan beberapa ilmuwan Arab moden sering menilainya dan membandingkannya dengan Herodotus dan Pliny. Dua buah buku besarnya, merupakan karya monumental dan terbukti digunakan oleh para ilmuwan lain seperti Syamsuddin ad-Dimasyki, Ahmad bin Hamdan al-Harrani, Hamdallah Kazwini, Ibnu al-Wardi dan Mahmud bin Said as-Safakusi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget