my entry..

get this widget here

Monday, February 28, 2011

Kisah benar : manusia dan monyet???

Sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Monyet-monyet itu seperti terburu-buru untuk melintas. Maklumlah jalan sibuk lepas tu tak de pulak yang nak buatkan jejantas untuk kaum monyet ni bagi membantu mereka melintas dengan lebih selamat.huhu..
Saya yang berada di hadapan kedai tepi jalan raya yang sibuk tu ralit melihat monyet-monyet tadi melintas. Comel sangat!.. dari yang besar hingga anak monyet semuanya ada. Mereka dari hutan lalu menyeberang jalan untuk ke bahagian lain. Mungkin ingin berhijrah secara beramai-ramai.
Sedang saya menikmati kecomelan anak monyet yang sedang memegang tangan ibunya untuk menyeberang tiba-tiba…………. Saya terdengar bunyi brek..dan saat itu juga di hadapan mata saya, saya lihat seekor monyet tercampak dan menggelupur di atas jalan raya.  Rupa-rupanya salah satu monyet tadi telah dilanggar oleh sebuah kereta. Ya Allah, saya terkejut kerana betul-betul di hadapan saya monyet itu tercampak. Terang lagi bersuluh! Jika diulang tayang kembali babak kemalangan itu tidak sanggup lagi saya melihatnya walaupun diberi ganjaran yang lumayan sekalipun..huhu... Umpama mimpi ngeri!..
Jantung saya berdebar-debar apabila melihat monyet yang dilanggar tadi terus menggelupur dan menggeletek di atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging. Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Warna kelabu?? Kenapa warna kelabu ye? Selama saya belajar di alam sekolah kalau isi perut mestila warna ala-ala kemerahan kan? Betul tak sahabat-sahabat? Ke saya tersalah pandang. Lalu saya lihat dengan lebih teliti..(rabun la katakan..huhu)..
MasyaAllah…lagi buat saya meremang bulu roma.. sesuatu yang warna kelabu tu sebenarnya adalah  anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya yang tadi dalam kandungannya, tiada harapan lagi untuk monyet tadi untuk hidup. Terbayang kembali sebelum kemalangan tadi anak-anak monyet yang comel. Tetapi nasib anak monyet yang satu ini begitu malang. Nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibunya.
Sedih sangat.. air mata masih dapat saya tahan. Lalu saya dan seorang pakcik yg turut berada disitu mngalihkan monyet tadi supaya ia tidak digilis oleh knderaan lain pula. saya pulang dengan kekesalan. Kesal dengan pemandu yang melanggar monyet tu. Sebab lepas je dia merempuh monyet tu dia hanya melihat dari dalam kereta. Sekalipun tidak dia keluar bahkan meneruskan perjalanannya. Kira kes langgar lari la ni.. Tidakkah pemandu tadi berasa bersalah dengan perbuatannya tadi. Ya, mungkin dia ada alasan tersendiri atau mungkin tak sengaja nak langgar monyet tu. Tapi tak salah kan, kalau dia keluar dan lihat sendiri keadaan monyet tu. Walaupun dia bukanlah seorang doktor sekalipun, walaupun monyet tadi memang tak de harapan untuk hidup, apa salahnya dia keluar dari kereta dan mengalihkan bangkai monyet tadi ke bahagian tepi jalan raya supaya ia tidak menjadi mangsa kenderaan lain pula.
Tiada ada akalkah?? Sedangkan kumpulan dan kawan monyet yang sama-sama menyeberang jalan tadi pun berhenti dan ingin menolong monyet yang dilanggar kereta tadi. Jika dari logik akal dan secara rasionalnya, sepatutnya kumpulan monyet tu la yang meneruskan perjalanan untuk menyeberang jalan raya sebab mereka tiada akal dan tidak boleh berfikir. Maknanya monyet tu lagi pandai berfikir. Lagi mempunyai hati dan perasaan. Lagi baik dari manusia yang tidak tahu berfikir dan menggunakan akal, ada hati tetapi tidak ada perasaan sayang terhadap makhluk lain.
Muhasabah diri kita semula.. adakah kita menggunakan akal untuk berfikir dan mempunyai hati yang penuh dengan kasih sayang terhadap makhluk lain yang juga ciptaan Allah. Bagi yang merasakan mereka ada hati dan perasaan dan saya pasti setiap dari kita mempunyai hati dan perasaan teruskan lah usaha untuk cambahkan benih-benih cinta itu untuk mendapat keredhaan Allah. Wallahu A’lam…..

5 comments:

  1. waa...sedih2...huhu..anyway best2..

    ReplyDelete
  2. betul2...sedih sangat..wat lg k.

    ReplyDelete
  3. banyak pengajaran la...

    ReplyDelete
  4. syukran..
    insyaAllah selagi tangan ni mmpu utk mnaip dan menari2 di atas keyboard..selagi Allah masih mmberi ilham dlm khidupan...akn sy teruskan..pe yg baik tu dari Allah jua..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget