my entry..

get this widget here

Monday, February 28, 2011

Kisah benar : manusia dan monyet???

Sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Monyet-monyet itu seperti terburu-buru untuk melintas. Maklumlah jalan sibuk lepas tu tak de pulak yang nak buatkan jejantas untuk kaum monyet ni bagi membantu mereka melintas dengan lebih selamat.huhu..
Saya yang berada di hadapan kedai tepi jalan raya yang sibuk tu ralit melihat monyet-monyet tadi melintas. Comel sangat!.. dari yang besar hingga anak monyet semuanya ada. Mereka dari hutan lalu menyeberang jalan untuk ke bahagian lain. Mungkin ingin berhijrah secara beramai-ramai.
Sedang saya menikmati kecomelan anak monyet yang sedang memegang tangan ibunya untuk menyeberang tiba-tiba…………. Saya terdengar bunyi brek..dan saat itu juga di hadapan mata saya, saya lihat seekor monyet tercampak dan menggelupur di atas jalan raya.  Rupa-rupanya salah satu monyet tadi telah dilanggar oleh sebuah kereta. Ya Allah, saya terkejut kerana betul-betul di hadapan saya monyet itu tercampak. Terang lagi bersuluh! Jika diulang tayang kembali babak kemalangan itu tidak sanggup lagi saya melihatnya walaupun diberi ganjaran yang lumayan sekalipun..huhu... Umpama mimpi ngeri!..
Jantung saya berdebar-debar apabila melihat monyet yang dilanggar tadi terus menggelupur dan menggeletek di atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging. Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Warna kelabu?? Kenapa warna kelabu ye? Selama saya belajar di alam sekolah kalau isi perut mestila warna ala-ala kemerahan kan? Betul tak sahabat-sahabat? Ke saya tersalah pandang. Lalu saya lihat dengan lebih teliti..(rabun la katakan..huhu)..
MasyaAllah…lagi buat saya meremang bulu roma.. sesuatu yang warna kelabu tu sebenarnya adalah  anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya yang tadi dalam kandungannya, tiada harapan lagi untuk monyet tadi untuk hidup. Terbayang kembali sebelum kemalangan tadi anak-anak monyet yang comel. Tetapi nasib anak monyet yang satu ini begitu malang. Nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibunya.
Sedih sangat.. air mata masih dapat saya tahan. Lalu saya dan seorang pakcik yg turut berada disitu mngalihkan monyet tadi supaya ia tidak digilis oleh knderaan lain pula. saya pulang dengan kekesalan. Kesal dengan pemandu yang melanggar monyet tu. Sebab lepas je dia merempuh monyet tu dia hanya melihat dari dalam kereta. Sekalipun tidak dia keluar bahkan meneruskan perjalanannya. Kira kes langgar lari la ni.. Tidakkah pemandu tadi berasa bersalah dengan perbuatannya tadi. Ya, mungkin dia ada alasan tersendiri atau mungkin tak sengaja nak langgar monyet tu. Tapi tak salah kan, kalau dia keluar dan lihat sendiri keadaan monyet tu. Walaupun dia bukanlah seorang doktor sekalipun, walaupun monyet tadi memang tak de harapan untuk hidup, apa salahnya dia keluar dari kereta dan mengalihkan bangkai monyet tadi ke bahagian tepi jalan raya supaya ia tidak menjadi mangsa kenderaan lain pula.
Tiada ada akalkah?? Sedangkan kumpulan dan kawan monyet yang sama-sama menyeberang jalan tadi pun berhenti dan ingin menolong monyet yang dilanggar kereta tadi. Jika dari logik akal dan secara rasionalnya, sepatutnya kumpulan monyet tu la yang meneruskan perjalanan untuk menyeberang jalan raya sebab mereka tiada akal dan tidak boleh berfikir. Maknanya monyet tu lagi pandai berfikir. Lagi mempunyai hati dan perasaan. Lagi baik dari manusia yang tidak tahu berfikir dan menggunakan akal, ada hati tetapi tidak ada perasaan sayang terhadap makhluk lain.
Muhasabah diri kita semula.. adakah kita menggunakan akal untuk berfikir dan mempunyai hati yang penuh dengan kasih sayang terhadap makhluk lain yang juga ciptaan Allah. Bagi yang merasakan mereka ada hati dan perasaan dan saya pasti setiap dari kita mempunyai hati dan perasaan teruskan lah usaha untuk cambahkan benih-benih cinta itu untuk mendapat keredhaan Allah. Wallahu A’lam…..

kisah nabi Idris....

Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”
(Maryam: 56-57)
    Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.
    Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis atau Kurta dalam bahasa urdu( sejenis jubah sehingga paras lutut tapi berbelah kiri dan kanan), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.
    Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.
    Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut.
    Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut:
“Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.”
Tetapi Malaikat itu menolaknya.Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu.Kemudian beliau berkata:
“Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran?
Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”
    Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.: 

“Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan?

Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”
    Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian beliau bertanya:
“Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya?
Saya adalah Malaikat Maut.”
“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?”
“Benar ya Idris.”
“Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”
“Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”
“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”
“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”
Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”
    Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu.
    Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya:
“Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu?
Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya.
Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan.
Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu.
Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”
    Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.
    Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang.Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut:
“Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT.
Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.
    Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.
    Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut. 

Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.

    Kemudian Nabi Idris berkata:
“Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”
    Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: 

“Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.

Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”
Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya:
“Ya Idris, keluarlah!.
Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud:
“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
(Ali-Imran: 185)
Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.”
(Maryam: 71)
Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud:
“... Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).”
(Al-Hijr: 48)
    Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”
    Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud:
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”
(Maryam: 56-57)

Wallahu A'lam.............................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget