my entry..

get this widget here

Monday, January 31, 2011

Pilih lah..syurga atau neraka..........

KUN FAYAKUN... Maka jadilah syurga dan neraka. Sebaik syurga tercipta, Allah memerintahkan malaikat Jibrail melawat syurga. Selepas melihat syurga Jibrail berkata :

"Ya Allah, demi kemuliaan-Mu barang siapa mengetahuinya pasti mereka akan berusaha dan berlumba-lumba untuk mendapatkan syurga-Mu dengan segala kelazatan, kesenangan, kegembiraan, kemewahan dan beraneka rupa nikmat yang tersedia di dalamnya!"

 


Kemudian Allah menyelubungi syurga itu dengan pelbagai syarat supaya manusia menjauhi segala larangannya, mengerjakan segala perintahnya seperti sembahyang, puasa, jihad, haji, sedekah, zikir, amal kebajikan, taat kepada ibu bapa, berbuat baik sesame manusia dan juga makhluk lain seperti binatang. Barang siapa memenuhi syarat, mengikut segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya, mereka layak memasuki syurga tersebut.

Lantas Allah memerintahkan sekali lagi Jibrail melihat syurga. Selepas kembali dari syurga, Jibrail berkata :
“Ya Allah, kini aku khuatir tiada sesiapa dapat memasuki syurga-Mu!” 

Allah turut memerintahkan Jibrail melawat neraka jahanam dan melihat pelbagai azab, seksaan penderitaan yang disediakan untuk penghuninya. Jibrail lantas berkata :
“Ya Allah, demi kekuasaanmu barang siapa yang mendengar segala seksaan yang amat dahsyat itu pasti tiada sesiapa berani menghampirinya!”

Lalu Allah menyelubungi neraka itu dengan pelbagai rupa kejahatan yang melanggar segala larangan Allah seperti berzina, meliwat, meminum arak, berjudi, membuat kezaliman, membunuh, menipu, mencuri, dan pelbagai macam kemaksiatan kepada Allah.

Sekali lagi malaikat Jibrail diperintahkan melihat neraka. Jibrail berkata :
“Ya Allah, aku khuatir tiada seorang pun yang terselamat daripada seksaan api neraka-Mu...”

2 comments:

  1. best..teruskan usaha..

    ReplyDelete
  2. syukran ya akhi...barakallah..
    yg baik itu dtg dari Allah jua...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget