my entry..

get this widget here

Sunday, December 18, 2011

Kisah Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir.
Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.
Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.
Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah pemberian dari wanita kafir itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.
Rasulullah SAW terus makan. Baginda makan semua buah limau pemberian wanita itu.
Setiap kali baginda makan sebiji limau, baginda makan dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya.
Mengapa Ya Rasulullah? mengapa Rasulullah makan semua limau itu?
Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan
"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.
Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu.
Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
~SubhanaAllah~

Monday, December 12, 2011

Panggilan Allah Hanya 3 Kali....

* Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*

'ahh..kenapa sedikit sekali Allah memanggil kita..?'

Tahu tidak apa yang dimaksudkan dengan 3 panggilan itu..?

1) 'Panggilan pertama adalah Azan.

'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah pada masa itu juga bahkan masih memberi peluang kepada kita. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.

Cuba bayang adakah kita  masih melambatkan solat kita?
karena meetinglah, belajarlah, mainlah, tidur or lepak-lepak la dan lain-lain.
Masya Allah...

2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergilir-gilir' . Seseorang hamba mendapat kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak mempunyai wang memperolehi wang, yang tidak merancang, tetiba dapat pergi, ada yang memang merancang dan dapat memenuhi ibadah tersebut dan ada juga yang merancang tetapi sayang tidak sempat atau tidak dapat melakukannya.

Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.

Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.
bermakna Allah tidak memaksa kita menyahut seruan dan panggilanNya.
Subhanallah...

3) 'Dan panggilan ke-3 adalah KEMATIAN.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan hal, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu , manfaatkan waktu yang kita ada sebaik-baiknya. ..

semoga kita dapat menjawab 3 panggilan Allah dengan hati dan sikap yang Husnul Khotimah...
Insya Allah syurga adalah balasannya...Amin

Sunday, November 27, 2011

KEPENTINGAN ISTIGHFAR....



اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتَ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْت
 
Saiyidul Istighfar (penghulu segala istighfar) :

Sabda Rasulullah s.a.w; “ Barangsiapa bertaubat dan membaca istighfar ini dengan ikhlas dan yakin maka sekiranya dia mati pada hari itu, Allah s.w.t. akan masukkan ia ke dalam syurga.”
Allah s.w.t. berfirman : “ Dan mohonlah keampunan dari Allah s.w.t. , sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ”

Maka kita diperintahkan oleh Allah SWT supaya memohon ampun dariNya. Sepertimana yang kita ketahui, Rasulullah S.A.W adalah seorang yang ma’sum iaitu jauh dari dosa tetapi tiap-tiap hari baginda memohon ampun dan beristighfar tidak kurang dari 70 kali. Atas sebab ini kita sebagai hamba yang sentiasa membuat dosa, perlulah beristighfar lebih daripada itu. Beristighfar juga adalah salah satu daripada rangkaian iman.


Kelebihan Istighfar:

1) Memperoleh anugerah & keutamaan daripada Allah
2) Meruntuhkan tipu daya iblis & menghancurkan kesesatan bisikannya
3) Menghilangkan kesusahan, meluaskan rezeki & memenuhi hajat
4) Menghilangkan kemarahan & perasaan tidak sabar
5) Mensucikan diri dari kesalahan
6) Mencegah malaikat pencatat amalan menulis kesalahan *Apabila seseorang hamba berdosa, tidak dituliskan segera kesalahan itu di dalam kitab cacatan amalan orang itu kerana menunggu samada hamba itu beristighfar atau tidak. Jika ia beristighfar dan menyesali perbuatannya tadi maka dosanya itu tidak ditulis.
7) Membersihkan hati dari kelalaian & melicinkan hati dari kelupaan
8) Mendekatkan diri kepada Allah, mengkifarah 10 dosa, menjadi sebab diterima taubat & memperolehi Husnul Khatimah
9) Memperolehi keselamatan & kesejahteraan
10) Diangkat darjatnya di dalam syurga *Sabda Rasulullah s.a.w.: “Bahawasanya Allah mengangkat darjat seseorang hambaNya di dalam syurga. Maka si hamba itu bertanya; “Dari manakah saya memperoleh darjat ini Ya Tuhanku?. Menjawab Allah s.w.t. ; Darjat ini kamu perolehi dari istighfar yang dilakukan oleh anakmu.
 
Adab Beristighfar:

#Meninggalkan maksiat yang dilakukan
#Menyesali perbuatan maksiat yang telah dilakukan
#Berazam tidak akan mengulangi kesalahan atau maksiat itu
#Digalakkan mengulang istighfar sebanyak 3 kali
#Hendaklah istighfar itu dilakukan dengan lidah yang mengucapkannya beserta hati yang benar-benar tunduk & harap akan memperolehi keampunan Allah.

Tempat Dan Masa:

-Sepanjang hari sepanjang malam
-Sesudah terlanjur melakukan dosa
-Ketika hendak meninggalkan sesuatu majlis
-Ketika sahur, hendak tidur, keluar dari tandas
-Pada permulaan atau pertengahan atau selesai berwudhuk
-Ketika terbenam matahari, gerhana matahari
-Ketika masuk & keluar dari masjid
-Di dalam solat dan ketika gelisah

Sunday, October 30, 2011

Fakta Lama Tapi Baru???

A : Hakikat dalam hidup kita semua sama.

B : Betul ke sama? Apa yang sama tu? Boleh awak terangkan..

A : Ok macam ni la.. Saya story sikit pasal hidup kita yang orang pandang remeh. Yang orang lain rasa perkara biasa. Orang tak pernah nak ambil berat and cakna dengan benda ni..

B : Apa ek?.. Tak tau la..

A : Laa.. Ni mesti tak pernah terfikir ni.. Fakta lama tapi baru.. Awak nak tau tak?

B : Mesti la nak.. Apa dia? Gossip terhangat ke?

A : Haha… Mesti la hangat. Tapi ini fakta lama cume dia baru je.. Awak tau tak, kalau kita nak buang air kecil or besar kita kena bayar 20sen. Kalau nak mandi lagi la kena bayar.. 50 sen pulak tu..

B : Eh, yeke? Takkan nak buang air pun kena bayar kot?

A : Yela.. Awak pernah pergi tandas awam.. Yang kat stesen bas ke.. or yang kat tempat rekrasi ke..

B : Ooo… Pernah g.. Alaa, biasa la tu kena bayar.. Takkan awak baru tau kot..

A : Da lama tau.. Thats why saya cakap fakta lama tapi baru..hehe.. Awak tak kisah ke kalau masuk tandas kena bayar? Awak tak pernah terfikir ke kenapa kena bayar? Awak sedar tak yang duit ni raja dunia sampai nak buang air pun kena bayar?

B : Eerrmm…. Tapi segala-galanya bukannya duit.. Contohnya macam kasih sayang, keluarga.

A : Memang betul. Tapi zaman sekarang ni segala-galanya memerlukan duit. Percaya tak? Sedangkan nak buang air pun da kena bayar. Apatah lagi keperluan lain. Nak makan, nak pakaian, nak tidur. Nak kahwin pun perlukan duit. Kahwin plak atas dasar apa? Cinta dan kasih sayang kan? Kahwin sebab keluarga kan?

B : Haah la.. Kenapa saya tak pernah terfikir ea? Kenapa selama ni saya tak sedar ek? Kenaapa saya pandang remeh dengan perkara ni?

A : Sebab kita semua buat perkara yang sama. Jadi tak rasa apa-apa la. Padahal kita tau duit raja dunia dan juga raja hati kemahuan kita semua… Semua orang suka duit. Mana ada dalam dunia ni orang buang duit. Semua orang cari duit. Orang yang kerja pun mesti la nak duit. Buat la kerja apa-apa pun. Matlamatnya mesti sebab duit.

B : Yeke? Da tu kalau ada orang kerja sebab ikhlas dan dia minat kerja tu macam mana?

A : Maksud awak orang yang kerja sebab minat dan ikhlas? Duit bukan perkara utama dia? Macam tu maksud awak?

B : Yups.. Macam kakak saya. Dia kerja cikgu. Dia memang minat mengajar. Minat sangat-sangat. Dari kecil lagi dia suka mengajar. Dari sebelum dia kahwin sampai la sekarang da kahwin dia tak pernah merungut dengan kerjaya dia.

A : Ooo…awak pernah tanya kakak awak sebab apa dia minat? Awak pernah tanya tak, andai dia kerja sebagai cikgu dan dibayar gaji sebulan RM30 je dia nak kerja lagi tak?

B : Mana boleh macam tu! Dia kan cikgu. Ada ijazah lagi. Tak sepatutnya gaji dia RM 30 je. Mak cik cleaner kat sekolah tu pun gaji da RM400.. Takkan la gaji dia sikit tu je. Da la dia da kahwin dan ada anak plak tu. Kena la tolong suami dia untuk perbelanjaan keluarga jugak.

A : eh..awak yang kerja cikgu atau kakak awak? Kenapa awak plak yang tak puas hati? saya kan suruh tanya je..Saya baru suruh tanya kakak awak. Saya rasa kalau kakak awak yang jawab soalan ni mesti dia lagi tak puas hati kan? Tapi tadi awak cakap kakak awak kerja sebab minat.. Sebab ikhlas.. Dia tak boleh persoalkan tentang gaji sebab duit bukan perkara utama dia.

B : Eerrm.. Haah kan.. Betul cakap awak.. Segala-galanya memerlukan duit.. memang duit tu material tapi zaman sekarang duit tu satu keperluan. Tiada yang percuma dalam dunia ni.

Sunday, October 16, 2011

Memiliki Kekurangan Adalah Kelebihan Kita????..


Pada zaman dahulu, ada seorang makcik pengangkut air yang memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Setiap hari makcik itu akan memikul pengandar itu untuk mengangkut air dari sungai ke rumahnya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan
panjang dari sungai ke rumahnya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.

Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Mak cik pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke  rumahnya setiap hari. Tempayan yang tidak retak merasa amat bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Dia telah banyak berjasa kepada mak cik pengangkut air kerana air di dalamnye sentiasa penuh. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki. Bermakna hanya separuh air sahaja didalamnya yang retak itu setiap kali sampai di rumah makcik pengangkut air.

Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu berkata kepada mak cik si pengangkut air;

" Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf kepada mak cik. "

" Kenapa? " tanya mak cik si pengangkut air.

" Kenapa kamu berasa malu? "

" Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air daripada yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah mak cik. Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi " , kata tempayan retak itu.

mak cik Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak,
dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;

" Jika kita kembali ke rumah esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. "

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir
perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang
dibawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada mak cik si pengangkut air atas kegagalannya.

mak cik Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu?

" Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari sungai, bahagian kamu yang retak akan mengairi dan menyiram benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja dirumah kita. Sesungguhnya tanpa kamu, kita tidak akan dapat menghias rumah seindah ini. "

Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takut akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang, terselit
kekuatan yang kita belum temui.

Sunday, October 9, 2011

PENUBUHAN PERSATUAN BELIA PROFESIONAL ISLAM MALAYSIA (BEPRISMA)...

**Sesiapa yang berminat untuk bersama-sama dalam persatuan ini dan yakin betul-betul bahawa dia akan memberi komitmen harap boleh memberi maklumat diri (NAMA, NO I/C, NO. TEL, UNIVERSITI/TEMPAT KERJA,) kepada saya (013-6424458) atau PM dlm INBOX FB...hanya 10 yang terawal akan di senaraikan sebagai AJK/EXCO persatuan ini.**

PENGENALAN

Belia merupakan masyarakat pelapis yang bakal menjadi pemimpin negara. Setiap belia negara perlu dibekalkan bukan sahaja dengan ilmu agama dan pengetahuan malah juga sifat kepimpinan dalam membina jatidiri yang mantap.  Penubuhan  persatuan belia ini juga diharap dapat dijadikan sebagai tapak bagi mereka untuk terus mencurahkan segala pendapat yang kreatif  demi mengharungi masa depan yang terus mencabar. Nama persatuan belia yang bakal ditubuhkan adalah Persatuan Belia Profesional Islam Malaysia. (BPIM). Cadangan persatuan ini akan ditubuhkan di Maahad Ahmadi Gemencheh, Negeri Sembilan. 

TUJUAN PENUBUHAN

Persatuan belia yang bakal di tubuhkan adalah bertujuan:
a)    Mengumpulkan semua belia islam secara berperingkat di bawah satu bumbung.
b)    Mewujudkan belia yang lebih berketrampilan dan berfikiran matang
c)    Mewujudkan belia yang cekap memimpin
d)    Belia yang sentiasa kreatif dan berani mencuba
f)    Sentiasa berfikiran terbuka dan di luar kotak
g)    Berkebolehan berinteraksi dengan semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan peringkat umur.
h)    Mempromosikan seni dan budaya yang berlandaskan islam.
i)    Mendidik para belia kepada dunia sekeliling yang sentiasa mencabar
j)    Mempunyai semangat sukarelawan
k)    Semua program yang berkaitan pembangunan islam akan dilaksanakan
 
Syarat-syarat pemilihan anggota:


a)     Beragama islam
b)    Berumur di antara 15 hingga 40 tahun
c)     Pemikiran yang kreatif
d)    Sentiasa bersedia untuk bertindak sebagai pencetus idea
e)    Bersedia untuk memimpin
f)    Memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap segala aktiviti yang dilaksanakan
g)    Mempunyai sifat displin yang tinggi
i)    Mempunyai sifat integriti yang tinggi
h)    Bersifat profesional


Kesimpulan

Persatuan belia yang bakal ditubuhkan di Maahad Ahmadi ini diharap dapat memberi perubahan atau kesan yang drastik kepada semua belia yang terlibat. Segala rancangan yang telah disusun akan dilaksanakan berdasarkan kepentingan program kepada para belia. Melalui program ini diharap para belia yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa mendatang dapat melalui segala cabaran dengan lebih profesional dan berfikiran matang.  Sesungguhnya langkah pertama dalam penubuhan belia ini adalah langkah yang amat penting demi memartabatkan  maruah bangsa Melayu yang beragama islam supaya  terus di pandang mulia  terutamanya di kalangan mereka yang bukan beragama islam.

Tuesday, September 27, 2011

Dakwah Dan Kepentingannya..(My Assignment)

“Katakanlah inilah jalan (agama) ku. Aku dan orang-orang yang mengikuti mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah-hujah yang nyata, maha suci Allah dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.”
Surah Yusuf : 108

Berdasarkan ayat diatas dakwah boleh ditakrifkan dengan berbagai maksud dan makna bergantung pada seseorang individu yang memberi penjelasan dan makna dakwah itu.ini kerana ada yang berpendapat bahawa dakwah itu ialah penyampaian dan penjelasan kepada islam, ada juga yang melihat dakwah itu sebagai suatu pengajaran ilmu. Selain itu, terdapat juga orang mentakrifkan dakwah itu gabungan dan mencampurkan dua takrif diantara kefahaman tentang agama dan kefahaman tentang dakwah.  (Muhammad Abu Al-Fatah Al-Bayanuni, 1991, m/s 14)

Dakwah adalah satu proses penyampaian ajakan atau seruan kepada orang lain atau kepada masyarakat agar mempelajari dan mengamalkan ajaran agama secara sedar sehingga menghidupkan dan mengembalikan fitrah manusia agar dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Dari segi bahasa dakwah ialah panggilan, seruan atau ajakan. Dakwah berasal dari perkataan arab dalam bentuk masdar( مَصْدَر ). Berasal dari perkataan da’a yad’u ( دَعَا يَدْعُو) yang bermaksud memanggil, menyeru atau mengajak. Kalimah ini terdapat di dalam ayat-ayat al-quran sebagai contoh di dalam Surah Yusuf ayat 33 dan daripada Surah Yunus ayat 25.(Drs. Rosyad Shaleh 1977 m/s 17)

Dakwah dari segi istilah pula terdapat berbagai pendapat diantaranya ialah pendapat dari Syeikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya Hidayatul Mursyidin mengatakan bahawa dakwah ialah mendorong manusia agar membuat kebaikan memberi petunjuk, menyuruh mereka melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran agar mereka mendapat kebahagian di dunia dan akhirat.(Drs.A. Rosyad Shaleh 1977 m/s 18 ; Budihardjo 2007 m/s 91)

Abu Bakar Zarkasyi pula mendefinisikan dakwah sebagai usaha para ulama dan orang-orang yang memiliki ilmu dalam masalah agama dan memberi pengajaran kepada masyarakat pada hal ehwal yang dapat menyedarkan mereka terhadap urusan keagamaan dan keduniaan sesuai dengan kemampuan yang dimilikinya. (Budihardjo 2007 m/s 91)

Dakwah adalah kewajiban yang patut ditunaikan oleh setiap individu baik lelaki ataupun wanita. Oleh sebab itu, islam melihat setiap individu sebagai pendakwah. Di dalam Al-Quran Surah An-Nahl ayat 125 Allah telah berfirman :

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
An-Nahl : 125

Terdapat berbagai cara atau metod untuk berdakwah. Sebagai contoh dakwah Rasul kepada kaumnya. Dialog dan perdebatan merupakan salah satu cara yang berkesan kerana dengan dialog dan perdebatan terjadinya komunikasi dua hala yang impaknya dapat dilihat secara jelas. Selain itu, melalui kuasa politik juga dakwah boleh dilaksanakan kerana kuasa politik mampu mengubah seluruh pentadbiran. Ia boleh dibuktikan ketika zaman Rasulullah. Rasulullah sebagai presiden negara mampu mengembangkan dakwah dan secara tidak langsung tersebarnya islam. (Prof. Dr. Muhammad Sayyid Thantawi 1997 m/s 146)

            Dakwah telah bermula sebelum zaman Rasulullah lagi. Iaitu pada zaman nabi-nabi terdahulu dari Nabi Adam A.S sehingga Khatimul Anbiya Nabi Muhammad S.A.W. Pada ketika itu tanggungjawab melaksanakan dakwah terletak dibahu dan diketuai oleh Nabi-Nabi Allah dan RasulNya yang telah dilantik untuk menyeru umat manusia ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran mengikut kaum yang telah ditetapkan oleh Allah.

Perkembangan dakwah dapat dilihat dengan jelas pada zaman Rasulullah. Pada peringkat permulaan dakwah, Baginda menyeru dan mengajak keluarga Baginda beriman kepada Allah dahulu kemudian barulah Baginda berdakwah kepada sahabat-sahabat. Dakwah Baginda kepada keluarga dan sahabat-sahabat Baginda dilakukan secara rahsia. Apabila sebahagian dari keluarga dan sahabat Baginda mengikut seruan Baginda, strategi dakwah Baginda beralih secara terang-terangan pula.(Budihardjo 2007 m/s90). Sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah di dalam Surah Al-Hijr ayat 94 :

            “Maka sampaikan olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.”

Tanggungjawab dakwah tidak hanya terletak di bahu Nabi-Nabi dan RasulNya sahaja kerana pada zaman ini juga memerlukan seseorang yang memikul amanah ini. Bukan individu bahkan satu kelompok jemaah supaya dakwah ini menjadi satu matlamat sesebuah negara.

Bermula daripada raja sebagai pemimpin negara yang memegang tampuk pentadbiran sesebuah negara sehinggalah masyarakat dan institusi sesebuah keluarga, masing-masing mempunyai peranan yang amat penting untuk menghidupkan dakwah dimana ia perlu kepada pembentukan umat islam yang bertaqwa di zaman ini. (Amin Ahsan Islahi 1978 m/s 30)

Perlunya dakwah pada era globalisasi ini kerana manusia telah mula jauh dari landasan syariat islam. Amat penting pada kita untuk memperbetulkan persepsi masyarakat yang beragama islam supaya islam bukan hanya pada agama tetapi pada cara hidup juga. Apabila amalan dan cara hidup berpaksikan syariat islam maka kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat yang diredhai oleh Allah akan tercapai dari dakwah kita kepada Allah. (Drs. A. Rosyad Shaleh 1976 m/s 31)

Akan tetapi terdapat berbagai cabaran dalam menjalankan sesuatu dakwah seperti kurangnya kesedaran daripada individu untuk melaksanakan tuntutan dakwah.apabila kurangnya kesedaran lahirlah masyarakat yang tidak cakna tentang konsep amar maaruf  nahi mungkar. Konsep mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran ini adalah salah satu cabang dari dakwah. Dimana ia begitu penting untuk membentuk peribadi mulia seseorang muslim. (Abdul Muaz Abdul Tar 1980 m/s 7)

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, beriman kepada Allah.”
Surah Ali-I’mran: 110

Maka setiap cabaran dan masalah-masalah itu perlu diselesaikan supaya ia tidak menjadi satu isu yang boleh memberi impak yang besar kepada umat islam. Setiap usaha pembangunan dan pembentukan bangsa dan negara perlulah dipimpin dengan matlamat kerana Allah dan berdakwah kepada Allah supaya tugas sebagai pendakwah itu tidak terbatas kepada a’lim u’lama sahaja. (K.H.M. Isa Anshary 1979 m/s 24)

Dia Tertipu Dalam Beribadah...


Ada sebuah kisah untuk renungan bersama,cerita ini terjadi pada zaman Nabi Musa A.S, di dalam sebuah kampung , ada seorang pemuda yang suka mencuri, kerjanya hari-hari mencuri , dia tidak tahu pekerjaan apa yang sesuai untuknya selain mencuri, tetapi selepas dia mencuri dia merintih dengan Tuhan
"apalah aku ni Tuhan, asyik mencuri sahaja kerja aku,aku tidak tahu hendak buat kerja lain , yang aku tahu mencuri sahaja" .
Begitulah yang terdetik di dalam hati si pencuri ini , hatinya selalu bermain tarik tali dengan nafsunya .

Pada suatu hari , ketika pemuda itu berjalan-jalan dia ternampak Nabi Musa dari jarak yang yang jauh, dia ingin berjumpa dengan Nabi Musa , tapi hatinya sangat malu dengan Nabi Musa
" itu Nabi Musa , seorang Nabi, tapi aku seorang pencuri, takkanlah dia hendak bertemu denganku" .
Dalam masa yang sama juga ada seorang tua yang kuat Ibadahnya , pagi petang siang malam dia sibuk dengan ibadahnya . Si tua itu cuba mendekati Nabi Musa . Terlihatlah pemuda itu lalu dia berkata perlahan
" kalau orang tua itu boleh bertemu Nabi Musa , masakan aku tidak"
tapi bila dia menghampiri si tua itu, si tua tadi cuba mempercepatkan langkah kakinya seolah-olah tidak mahu hampir dengan si pemuda pencuri ini , makin pencuri ini hampir dengannya , makin laju meninggalkan pencuri itu.
Si pencuri berasa hairan dengan si tua itu
" kenapalah sombong sungguh si tua itu" .
Si tua itu mengtahui pemuda itu pencuri , lalu menghidarinya . Sampailah si tua itu bersama si pencuri itu serentak di hadapan Nabi Musa A.S , lantas Nabi Musa terus berkata
" Kamu si pencuri , dosa-dosa kamu Allah sudah ampunkan, dan kamu si ahli Ibadah , Ibadah kamu dari dulu sampai sekarang Allah tolak"
Si pencuri ini gembiralah bila dikhabarkan demikian, si tua ahli abid itu lemah lututlah mendengar kata-kata Nabi Musa , akhirnya kedua-duanya bertaubat ,dan meninggalkan dosa-dosa yang lampau.

Kesimpulan yang dapat diambil dari cerita ini ialah Rahmat Tuhan amatlah luas , RahmatNya itu mengatasi kemurkaanNya , Si pencuri buat dosa dalam masa yang sama dia membawa rasa-rasa hamba iaitu rasa berdosa,rasa bersalah, rasa lemah,hina, dina tapi si ahli Ibadah dalam dia beribadah dia tidak bawa rasa-rasa hamba,bahkan ibadah dia itu nenebalkan lagi mazmumah dia , dia anggap imanyalah yang hebat, iman orang lain iman katak-katak je , rupanya dia tertipu dalam beribadah , dia rasa selamat apabila dia beribadah, sedangkan tujuan utama ibadah ialah menebalkan rasa-rasa hamba , dan menajamkan rasa-rasa bertuhan .

Begitulah kesimpulan dari kisah ini , ia berlaku pada zaman Nabi Musa A.S tapi tidak mustahil ia boleh berlaku pada zaman ini ? Apabila selesai sembahyang adakah kita merenung kembali adakah sembahyang kita sudah cukup untuk dipersembahkan kepada Tuhan? Bila kita berkhidmat dengan manusia , adakah perasaan kita rasa malu dan takut dengan Tuhan,malu kerana Tuhan masih beri kita berkhidmat dengan manusia sedangkan kita manusia berdosa , takut kerana Kebaikan itu adalah kepunyaan Tuhan , belum tentu Tuhan terima apa yang kita lakukan . Rasa-rasa inilah yang perlu kita bawa dalam kita beribadah, berdakwah dan berjuang , moga dapat diambil manfaat dari cerita ini.

Wednesday, August 10, 2011

JaNgAn NaK BaNgGa SaNgat...

Pada suatu hari ada 3 orang pelajar IPT yang bercadang pergi bercuti ke suatu pulau. Di hari yang dijanjikan, mereka pun menyewa sebuah bot dari jeti untuk ke pulau itu.

Disebabkan mereka tidak tahu arah ke pulau itu maka mereka menyewa bersama dengan pemandu bot yang sudah tua. Perjalanan ke pulau itu mengambil masa yang agak lama lalu ke tiga-tiga pelajar IPT tadi merasa bosan. Untuk menghiburkan hati, mereka berpakat untuk mempermainkan pemandu bot yang sudah tua itu.

Berkatalah salah seorang pelajar itu kepada pemandu bot,

"pakcik,pakcik tau geografi tak??".
pemandu tua tadi menggeleng-gelengkan kepala. Lalu mereka bertiga ketawa geli hati.

Pelajar kedua pula bertanya,

"pakcik,pakcik tau matematik tak?"..Pakcik itu menggeleng-geleng kepala tanda tidak tahu.

Ketiga-tiga pelajar tadi ketawa lagi dengan penuh bangga dan riak. Masakan mereka tidak sombong serta bangga..lelaki tua itu tidak tahu apa itu geografi malahan tidak pernah dengar perkataan geografi.

Pelajar ketiga pula bertanya, "Pakcik, pakcik tau tak apa itu fizik kuantum mekanik?". Pakcik itu tunduk saja tanda tidak tahu dan malu. Malu dan terasa dirinya telah dipermainkan oleh ketiga-tiga anak muda itu. Lalu mereka bertiga ketawa besar..
 hahahaha...kahkahkah... fizik pun tak tau.."


Agak lama juga mereka mentertawakan orang tua itu.. setelah penat baru mereka berhenti. Perjalanan diteruskan sambil pelajar-pelajar itu berbual sesama mereka tentang aktiviti yang bakal mereka lakukan setelah sampai di pulau itu nanti.


Tiba-tiba langit berubah menjadi gelap, laut yang tenang menjadi bergelora. Hempasan ombak mula masuk dalam bot. Cuaca yang tadinya cerah sudah mula bertukar mendung. Ketiga-tiga pelajar tadi menjadi pucat dan terasa takut. 

Bot yang mereka naiki berada di tengah lautan dalam. Mereka tak mau mati diusia muda. Agak jauh untuk berpatah balik ke daratan untuk menyelamatkan diri.Tiba-tiba pakcik yang berwajah tenang itu bersuara,
"anak-anak semua tahu berenang tak?".

Ketiga-tiga mereka menggeleng-geleng kepala. Lalu pakcik tua itu ketawa besar,
"kahkahkah....hahahahaha...sambil berkata,


”pakcik tidak tahu geografi, matematik atau pun fizik..pakcik tidak mati..tetapi anak-anak yang tidak tahu berenang..akan mati.." lalu pakcik itu terjun ke laut dan berenang kepulau yang berhampiran. Maka karamlah ketiga-tiga pelajar tadi bersama bot itu.

Apa pengajaran yang kita dapat simpulkan?..
1)usahla kita berbangga dengan ilmu yang kita ada..
2) jangan memandang rendah pada orang yang nampak kurang berilmu..
3) ilmu yang kita ada belum tentu dapat menyelamatkan kita di situasi yang kita tidak duga.

Friday, July 29, 2011

"Nak buat apa tutup aurat jika hati belum ikhlas"..boleh ke????


Sungguh, entri ni untuk diriku sendiri..

Assalamualaikum…

Selalu kita dengar…
Apabila dinasihatkan supaya tutup aurat dengan baik..
Pakai tudung dengan elok..
Berpakaian dengan elok..
Bertutup aurat..
Tetapi masih lagi dengan alasan yang biasa2 kita dengar..

“Nak buat apa tutup aurat jika hati belum ikhlas”
“Saya tak mo jadi hipokrit”
“Aku belum dapat hidayah lagi nih”
“nanti2lah.. aku belum dapat seru lagi”

Sebenarnya :-

Allah SWT dan RasulNya telah mengarahkan semua wanita Islam untuk menutup aurat..

Surah Al-Ahzab ayat 59 bermaksud:
 "Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, 'hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih mudah dikenali..”

Awak mengaku awak Islam..??
Adakah awak mengaku yang awak seorang Islam..???
Atau awak menganut agama lain…??
Jika mengaku diri Islam, maka kena ikutlah…

Justeru,
sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak,
suka atau tidak,
nak rasa hipokrit atau pun tidak..
disuruh oleh orang lain atau terbit dari hati sendiri,
dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban tersebut..

Analogi :

Kita..
warga Malaysia..
1 saat perlu menetap di Singapore..
Alkisah kita di Malaysia, sangat laju bawa kereta,
Drift la katakan.. Sangat tak berhemah
Bila menetap di Singapore..
Secara automatik kita kena ikut peraturan Singapore.
Tak boleh bawak kereta laju.. Kena berhemah..
Kena ikut peraturan Singapore..
Suka atau tak suka.. Kamu kena ikut..
Kalau tak ikut.. Pihak berkuasa Singapore akan saman…

Atas sebab itu,
Pemandu yang tadinya “brutal” di Malaysia
 TERPAKSA berubah bila menetap di Singapore.
Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit,
Terpaksa atau paksa rela..
tidak ikhlas atau apa jua sebab luaran.
Hakikatnya, dia MESTI berubah,
kerana itu adalah peraturannya..
Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Memandu tidak berhemah… kalau eksiden, orang lain terlibat sama..
Sebab diri sendiri tak berhemah..
Maka menyusahkan orang lain sama..

Sama juga seperti tutup aurat dan bertudung..
itu adalah peraturan dalam agama Islam,
mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain..
Mengapakah saya berkata begitu..
 kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram,
akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut.
Bukankah itu akan mendatangkan mudarat dan kesusahan..
Kepada orang lain dan diri sendiri??..

Maka sebab itu..
Hipokrit, terpaksa, belum sampai seru, belum dapat hidayah dan lain2 alasan yang tak logik,
tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama,
termasuk menutup aurat.
Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama juga seperti solat
membayar zakat,
puasa Ramadhan dan
semua arahan serta larangan Islam yang lain,
sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak.
Kita kena buat…
kerana itu adalah arahan Allah...
Wallahu A’lam...

Thursday, July 28, 2011

REVOLUSI GENERASI INTERNET..

Salam Elite Sahabat2 pembaca blog saya..Alhamdulillah..kita masih diberi kesempatan untuk bernafas dibumi Allah ni..rasa lamanye saya tak meng’update’ blog saya ni..entri pada kali ni saya nak bercerita pasal zaman sekarang yang da bertambah maju..zaman yang kini da berubah…cara hidup da berubah..hatta cara penyediaan makanan pun da berubah…kalau dulu makan ubi kayu n ubi kentang rebus gitu jer..orang sekarang makan ubi kayu & ubi kentang gak..tapi dengan cara yang lebih moden…nak tau macam mana?..tu yang kite dok mengunyah potato chips tu..haha…dulu orang rebus je ubi kentang tu..tu belum citer lagi pasal cheesy wedges kt KFC..kentang jugak tu…

Ingat tak..dulu siapa yang ada telefon bimbit dianggap pelik..sekarang terbalik pulak..siapa yang tak da telefon bimbit plak dianggap pelik…ish..ish..ish..zaman da semakin maju..
Dulu jugak..telefon guna bil..sekarang guna topup..kedai topup berlambak..memang da jadi satu keperluan plak..bila ingat balik..dulu kad topup punya la besar..sekarang makin kecik plak..xpun tak pakai kad langsung..tulis dalam buku nombor telefon je..tak payah nak gores2..sahabat durrah safiyyah pernah terfikir?pernah tanya tak nape jadi macam tu?

Tapi pasal ubi kentang ni tak la menjadi kesan yang besar pada zaman ni…telefon dan topup plak walau da berubah sekalipun ia memudahkan kita..yang menjadi kesan jangka panjang dan pada masa hadapan yang agak merisaukan kita sekarang ialah:

Situasi anak-anak atau adik-adik kita sekarang…
(jangan cakap anak-anak dan adik-adik jer…yang tengah membaca ni pun same je..hahahaha…betul atau sangat betul????..xperlu kite menafikannya..memang itu hakikatnya..)
-        
            SETIA DENGAN KOMPUTER
-          KOMITED DENGAN INTERNET
-          TERPAUT DENGAN FACEBOOK
-          TERPIKAT DENGAN YOUTUBE
-          TERIKAT DENGAN GAME
-          RAJIN PULA CHATTING
-          BERSEMANGAT DOWNLOAD LAGU/CERITA/MOVIE

SubhanaAllah…bukan nak cakap ape la…ank sedara sy namenye Najmi umur 5tahun(bukan ank sedare betul2..tp ikut pangkat, sy ni maklong die) aritu die dtg rumah sy..actually kami jiran2 je..haha..bleh plak die ugut sy..die ckp..

“maklong, abg nak main games PS 2..klau maklong xbg..abg runtuhkan rumah ni!!(dlm versi pelat ye)

Haha…nak mengamuk la si Najmi tu..sibuk btul nk main game..tu baru 5tahun tu…blum lg cerita pasal adik sy yg darjah 6 n darjah 5 tu..facebook n games…klau cuti sekolah,pagi2 buta lg da mntak laptop sy..nk online katanye…anak2 murid sy kt sekolah rendah (jd guru sekolah agama petang wat smntare waktu cuti sem ni) pun same je..lagi expert dari ‘ustazah’ die ni..baru darjah 3 da pandai YM,FB ngn twitter lg..budak2 sekarang ni, kite xboleh nak jauhkan die dari benda2 mcm ni..sebab memang sekarang zaman internet kn..dan kita pula terutamanya ibu bapa masih belum bersedia menghadapi anak-anak2 generasi internet ni…saya yakin sebagai ibu bapa tentu mereka risau jika 1hari anaknye menghadap komputer je….xpun klau balik dri sekolah n cuti sekolah anak2 mereka lepak kat Cyber Café…lagi la kita sbgai ‘parents’ or kakak atau abg risau..xtau ape yg mereka buat kt CC..xtau laman web ape yg mereka masuk…kite mane bleh check..lain la klau ade report card utk check laman web ape mereka masuk kn?..ade ke program yg mcm tu?....huhu…

Sebenarnya ada macam2 fenomena yang berlaku kat sekeliling kite berkaitan dengan internet dan teknologi ni..klau nak cerita sampai tahun depan belum tentu habis..sebab makin hari..makin banyak perkara baru yang dicipta..
Sebab tu ibu bapa sekarang kena guna care lain utk didik anak2 mereka..yg remaja pulak,jgn fikir mak ayh kite je yg bertanggungjawab dlm mendidik anak2…jika kita sbgai abg atau kakak..itu juga tanggungjawab kita utk mendidik adik2 kita…

'Hendaklah ibubapa mendidik anak berlainan dengan cara mereka dididik sebab Allah melahirkan anak itu berlainan zaman daripada ibubapa' - Saidina Umar Al-Khatab

Saidina Umar juga telah melihat perkara ni dari dulu…semasa zamannya lg…jadi tidak salah kalau kita mngajar anak2 dan adik2 kita belajar guna internet dalam DUNIA ICT yang kian menjajah…xkan kita masih nak mendidik mereka dgn cara lama sedangkan sekarang kita ada cara baru untuk mendidik mereka dan merangsang mereka rajin belajar….hanya ibu bapa,abang dan kakak yang perihatin sahaja yang nampak masalah ini…renung-renungkan.....

*Pesanan: BAGAIMANA RANGSANG SERONOK BELAJAR DAN TINGKATKAN PRESTASI MEREKA 30 HARI DARI HARI INI DAN PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN YANG BAKAL DITEMPUH TIDAK LAMA LAGI????...KAMI ADA CARANYA!!!..PROGRAM INI DISOKONG OLEH PAKAR STRATEGI BELAJAR MALAYSIA,Dr.SHUKRI ABDULLAH DAN PENGETUA CEMERLANG MALAYSIA,PENGETUA KOLEJ TUNKU KURSHIAH (TKC) SEREMBAN,PN. ROKIAH ALIAS..boleh PM sy jika berminat dan ingin tahu rahsianya..Abaikan pesanan akhir ini jika anda bukan yang perihatin tentang anak2 atau adik2 anda…kerana saya masih tetap juga memperjuangkan memartabatkan pendidikan dan memperkasakan ekonomi ummah…WaAllahu A’lam….

Saturday, July 9, 2011

Jawatan Kosong...

KEKOSONGAN JAWATAN :

A. Ahli Syurga Dari Awal Dan Buat Selamanya.
B. Ahli Neraka Dari Awal Dan Buat Selamanya.
C. Ahli Neraka Kemudian Dinaikkan Pangkat Menjadi Ahli Syurga.


KELAYAKAN FIZIKAL :

Syarat Kelayakan Diberi Kepada Calon-Calon Yang Dikenali Seperti Berikut :
1. Jin       2. Manusia


LAIN-LAIN KELAYAKAN: 

*Warganegara Dunia, Waras Berakal Dan tidak Gila.
*Hanya Buat Yang Telah Akil Baligh
(Kanak-Kanak Akan Terus Ke Syurga)


SIJIL DAN DOKUMEN YANG PERLU :

-Sila Bawa Dokumen Asal IMAN & AMAL.

KEISTIMEWAAN (Bagi Jawatan Yang Berstatus A Sahaja)

*Nikmat Kubur
*Perlindungan Di Padang Mahsyar
*Keselamatan Meniti Titian Sirat
*Syurga Yang Kekal Abadi

TARIKH DAN HARI TEMUDUGA :

-Bila-Bila Masa Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.


LOKASI TEMUDUGA :

*Ibu Pejabat Kubur, Kompleks Operasi Barzakh



PANEL PENEMUDUGA :

1. Malaikat Mungkar
2. Malaikat Nakir

WAKTU PENDAFTARAN:

-Anda Telah Didaftarkan Sejak Azali Lagi (Jangan Bimbang)


TARIKH TUTUP PERMOHONAN :

>Terhentinya Degupan Jantung Serta Bercerai Jasad Dan Nyawa
>Hadirnya Hari Kiamat Yang Membinasakan Dan Menghancurkan Dunia


NOTA DAN PESANAN :

*Penjemput Berkaliber Izrail Akan datang Menjemput Dan Mengambil Anda Tidak Kira Masa Dan Dimana Jua Anda Berada Samaada Keadaan Bengis Atau Lembut.(Megikut Keutamaan. Tertakluk Pada Terma&Syarat)

*Penjemput Berkaliber Ini Akan Mengambil Anda Tidak  Mengira Anda Bersedia Atau Tidak.

*Hanya Calon-Calon Yang Menepati Dan memenuhi Syarat-Syarat Di Dalam Kita Al-Quran & Al-Hadith Akan Diberi Keutamaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget