my entry..

get this widget here

Friday, December 3, 2010

What We Give We Get Back


Ingin saya kongsikan satu kisah ketika berada di zaman sekolah. Saya ingat lagi waktu itu saya menjalani minggu ‘orientasi’ di Maahad Ahmadi Negeri Sembilan. Peristiwa ini amat memberi kesan terhadap  diri saya. Mungkin selepas ini akan memberi kesan kepada sahabat-sahabat pula. Walaupun pengalaman kita tidak sama, sekurang-kurangnya menjadi iktibar untuk diri sendiri.

Petang itu saya dan rakan-rakan yang juga baru mendaftarkan diri sebagai pelajar Maahad Ahmadi menjalani sesi riadah. Kami diberi sehelai kertas A4 dan segenggam tepung. Tepung diletakkan diatas kertas A4Arahannya begitu senang. Jaga tepung masing-masing tapi kurangkan tepung orang lain. Maka sesi ‘tepung menepung’ pun bermula. Tertanya-tanya saya. Nak buat apa ni???


Saya lihat kawan-kawan saya sibuk meniup tepung yang berada di kertas A4 orang lain dan orang itu akan membalas balik dengan meniup tepungnya pula. Wah!!! dah macam peperangan tepung. Tergelak saya dengan aksi mereka. Dan saya pula? Hanya diam di tempat saya. Semua orang tak pedulikan saya. Jadi saya ambil keputusan cari mangsa untuk tiup pula tepungnya. Seronoknya dapat dengki dengan orang lain. Haha…
Ketika mana sedang saya melayan perasaan gembira sebab dapat kurangkan tepung orang lain,tiba-tiba ada orang datang dan tiup tepung saya…. Aaaa….tidak!!! tepung saya…. Dah berkurang. Geramnya saya. Tak dapat nak gambarkan perasaan saya masa tu. Saya nak balas balik tapi masa dah tamat. Kecewa…..
Apa yang sahabat dapat simpulkan dari kisah ini? masih tidak jumpa kaitan tepung dengan tajuk  saya. Ok,akan saya jelaskan dengan lebih terang lagi bersuluh.

“Saya lihat kawan-kawan saya sibuk meniup tepung yang berada di kertas A4 orang lain dan orang itu akan membalas balik dengan meniup tepungnya pula”

Dan saya pula? Hanya diam di tempat saya. Semua orang tak pedulikan saya.”

Jika kita membuat orang lain, orang lain akan membuat kita pula. Maksudnya, jika kita membuat sesuatu yang tidak disukai orang lain maka orang lain akan membalas dengan membuat perkara yang kita tidak suka juga. Kalau kita membuat  sesuatu kebaikan terhadap orang lain orang itu akan membalas dengan kebaikan juga.
Pengajarannya, janganlah melakukan sesuatu perkara yang tidak baik terhadap sesiapa sahaja kerana suatu hari nanti kita akan menerima nasib yang sama. Jika tiba-tiba suatu hari nanti ada orang membuat sesuatu yang jahat terhadap kita, muhasabah balik. Adakah pada masa lalu kita pernah membuat jahat juga sepertimana kita merasa sekarang. Mungkin kita lakukan secara tidak sedar. Jadi, ‘what we give we get back’………..

1 comment:

  1. hitungla dri kamu sblum lmu dhtungkn.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget