my entry..

get this widget here

Saturday, December 4, 2010

Terlepas Kapal Terbang...

Ada satu kisah yang ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat. Kisah seorang gadis yang berpisah dengan teman lelakinya. Teman lelakinya itu seorang yang hensem lagi macho. Bak kata orang melayu, 'lelaki melayu terakhir'...(kononnya). Teman lelakinya itu terpaksa berangkat ke luar negara atas desakan keluarganya yang mahu dia bekerja dan menguruskan syarikat milik keluarganya disana. Dia berjanji dengan si gadis akan pulang secepat yang mungkin dan membawa rombongan untuk meminang si gadis.
Hari demi hari, minggu ke minggu, bulan berganti bulan dan dari tahun ke tahun teman lelaki yang dinantikannya tidak kunjung tiba juga. Sudah hampir 4 tahun lamanya dia menunggu dengan penuh sabar berharap janji yang dilafazkan akan dikotakan. Malangnya sehingga saat ini  satu warkah dari si dia tidak pun diterima. Lalu si gadis mengambil keputusan untuk menjejaki teman lelakinya. Dia akan menaiki kapal terbang. Ya... Itulah pertama kali si gadis menaiki kapal terbang. Dia menggunakan duit simpanannya untuk membeli tiket kapal terbang dan perbelanjaannya semasa di luar negara nanti.
Saat dinantikan telah tiba. Dia bakal berlepas ke luar negara dalam beberapa jam sahaja lagi. Awal-awal lagi dia sudah bersiap sedia. Tidak sabar rasanya berjumpa jejaka idaman hati. Wah,hatinya berlonjak gembira. Selesai pemeriksaan dan urusan lain si gadis hanya menunggu masa untuk memasuki balai berlepas. Hanya beberapa minit sahaja lagi. Tiba-tiba.....
Tidak..perutnya memulas minta dibuang. "sakitnya perut!!"
Sungguh tidak dapat ditahan. Lalu dengan secepat kilat dia pergi mencari tandas dahulu.
"Aduh,sakitnya! mana tandas. Alamak tidak jumpa tandas pula."
Puas dia mencari tandas. Maklumlah pertama kali ke lapangan terbang. Tambahan pula, tempatnya besar lagi luas. Mana nak jumpa kalau tidak bertanya. Huhuhu...
Akhirnya, si gadis jumpa juga destinasi yang dicari. Iaitu TANDAS.. Lega perutnya. Seusai melepaskan hajat di perutnya, dia terus menuju ke tempat tadi. Malangnya kapal terbang yang akan dinaiki terlepas. Betul-betul di hadapan matanya, kapal terbang yang sepatutnya dinaiki naik ke udara. Waaa,..sedihnya bukan kepalang. 




Terduduk dia disitu dan menangis semahu-mahunya. Tidak dipedulikan mata-mata yang melihatnya. Semua rasa diadun bersama. Sedih, kecewa, marah dan menyesal kerana pergi ke tandas tadi. Dia memarahi dirinya dan menyalahkan perutnya kerana menyebabkan dia tertinggal penerbangan.
"Benci! Perut tak guna.."
Lalu dia pulang dengan perasaan yang amat kecewa, tidur dalam kesedihan.
Keesokan paginya, dia terbaca di dada akhbar. Tajuk muka hadapan
'KAPAL TERBANG TERHEMPAS!!!'




Dia membaca berita selanjutnya dan ternyata itulah kapal terbang yang sepatutnya dinaiki!
"Haaa...kapal yang sepatutnya aku naik semalam terhempas?? Nasib baik sakit perut kalau tidak mesti aku naik kapal terbang itu. Tak tau la apa akan jadi."
Nah,disini saya berikan satu pengajaran. Si gadis tadi menyalahkan perutnya kerana sakit dan kerana perut itulah juga dia terselamat. Rupanya ada hikmah perut dia sakit kan?
Adakah sahabat dapat gambaran apa yang ingin saya sampaikan dari kisah ini.
YA..tiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi. Mungkin sekarang kita tidak nampak kebaikan dari peristiwa yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk diri kita. Jangan terkejut suatu hari nanti, ternyata peristiwa yang kita tidak ingini itulah yang memberi kita kebaikan, kebahagiaan dan kejayaan...

4 comments:

  1. wah..cerita yg menarik..sy harap anti dapad membuat banyak lagi cerita sebegini..:)

    ReplyDelete
  2. syukran..insyaAllah...ilham itu dari Allah..jika Allah mngkehendaki sy mnulis cerite sebegini..akn sy teruskan...apa yg baik itu dtg dari Allah jua..

    ReplyDelete
  3. teruskan usaha..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget