my entry..

get this widget here

Friday, December 31, 2010

JAGALAH HATI JANGAN DIKOTORI…..


Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Seperti pepatah melayu ‘akibat nila setitik rosak susu sebelanga’. Nila hanya setitik tetapi telah memberi impak kepada susu yang putih lagi bersih. Susu bukan sedikit. Banyak pula tu, lagi banyak dari nila. Maka jadilah hati itu seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
 “(hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya.”
Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat dengan-Nya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Mas’ud berkata :
“Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan akan memandang dosa itu seperti lalat yang hinggap di atas hidungnya.”
Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada sesiapa yang melakukannya. Orang yang melakukan dosa merasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. Allah berfirman yang bermaksud :

“Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) islam.”
Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen).
Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata : “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan hati, melemahkan tubuh sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.” Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu.
Suatu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu)  kerana kepandaian dankecerdikannya, lantas beliau berkata : “ Sesungguhnya  aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padam kan cahaya itu dangan kegelapan maksiat.”
Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Mas’ud : “Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)”. Jawab Ibnu Mas’ud : “dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat waktu malam)”. Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan member cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.
Hati yang terdinding dan terhijab daripada cahaya ilmu itu adalah hati yang gelap gelita. Mengapa menjadi gelap? Apakah dari awal lagi? Tidak sama sekali. Setiap bayi yang dilahirkan itu putih dan bersih hatinya bak kain putih. Namun lama kelamaan apabila mencapai tahap mukallaf, hati manusia yang dahulunya putih bersih mula bertukar sedikit demi sedikit menjadi hitam legam akibat dosa yang dilakukan olehnya sama ada sedar atau pun tidak.
Umpama batu Hajarul Aswad juga. Khabarnya batu suci yang dibawa dari syurga ini asalnya berwarna putih. Lama-kelamaan batu itu bertukar hitam akibat dosa-dosa manusia yang tidak putus-putus dating dari serata ceruk dunia untuk bertawaf di Baitullah, kemudian mengambil peluang menyentuh dan mengucupnya. Wallahu a’lam.
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya orang mukmin itu bila dia melakukan satu dosa, akan wujudlah satu titik hitam dalam hatinya. Jika dia bertaubat serta meninggalkannya serta beristighfar, titik itu akan hilang daripadanya. Jika dia kembali melakukannya, titik hitam itu akan bertambah, sehingga menebal di hatinya. Itulah tutupan yang disebutkan Allah dalam al-quran.”
(Al-hadis)
Firman Allah SWT : “Sekali-kali tidak demikian, sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati-hati mereka.”(al-Miutaffifin:14)
Wallahu a’lam……

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget