my entry..

get this widget here

Monday, December 6, 2010

Doktor dan tukang paip…..



Apa yang terlintas dalam fikiran sahabat apabila mendengar perkataan ‘doktor’?
Semestinya tergambar dalam fikiran kita seorang yang kacak, hensem dan segak (bagi yang perempuan) dan seorang yang cantik lagi ayu (bagi yang lelaki). Waaa..timbul rasa kagum dalam diri kita bila terlihat seorang doktor dengan pakaian seragam putihnya itu. Betul atau tidak?
Bila sebut tentang seorang tukang paip pula. Apa yang sahabat gambarkan? Seorang yang tidak berpakaian kemas. Dan kebiasaannya pekerjaan ini dilakukan oleh lelaki. Bila dah kerja tukang paip ni, secara umumnya akan terlintas di hati kita tidak hensem,tidak macho dan macam-macam lagi la yang tidak kena di mata kita (tiada niat untuk merendahkan orang yang bekerja sebagai tukang paip ye). Sebagai gambaran sahaja.
Apa hebatnya seorang doktor sampai kita kagum kepada mereka dan apa pula kurangnya tukang paip sehingga kita memandang rendah kepada pekerjaan ini. Bukankah mereka sama-sama bekerja dengan cara yang halal? Apa salah tukang paip? Adakah kerana dia hanya bekerja sebagai ‘tukang paip’ kita ada hak untuk memandang rendah terhadap mereka? Baiklah, saya ingin sahabat bayangkan sahabat sebagai seorang doktor yang macho (bagi lelaki) atau doktor yang cantik (bagi perempuan).
Sudah bayangkan? Anda berada di rumah yang besar dan mewah. Almaklumlah, kerja doktor la katakan. Rumah mesti besar kan. Baru ada ‘standard’. Tiba-tiba orang gaji anda (siap ada orang gaji lagi) datang memberi laporan bahawa sinki di dapur anda tersumbat. “Tuan/Cik dapurnya tersumbat.”Apa yang anda akan lakukan? Adakah anda akan baiki sendiri atau serahkan pada yang pakar? ‘serahkan pada yang pakar’. Siapa lagi kalau bukan tukang paip. Setuju atau tidak?
Nah,sekarang saya jelaskan apa yang tersirat lagi tersurat dalam kisah ini. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing. Kita hanya manusia biasa yang diciptakan oleh Allah untuk beribadah kepada-Nya dan saling melengkapi diantara satu sama yang lain. Sehebat mana pun kita, bukan semua perkara kita hebat. Ada perkara yang kita sendiri tidak boleh lakukan dan hanya boleh dilakukan oleh orang lain. Sebagai contoh, seorang doktor tadi hebat dalam perubatan tetapi belum tentu dia juga hebat dalam hal baiki membaiki paip. Dia memerlukan orang lain untuk membaikinya dan orang itu adalah seorang tukang paip.

Pengajarannya, janganlah kita memandang rendah terhadap orang lain yang mungkin ada kekurangan dari kita dan kita berbangga diri kerana kita lagi hebat dari dia. Tidakkah sahabat sedar bahawa orang lain ada yang lagi hebat dari kita dan ketahuilah sahabat-sahabat, mereka yang kita katakan ada kekurangan mempunyai kehebatan yang tidak ada pada kita. Wallahu ‘alam.

3 comments:

  1. wa...teruskan usaha ye zaty!!..

    ReplyDelete
  2. mekasih..pe yg baik tu dtg dri Allah jua....
    sy hanye brkongsi pngalaman n ilmu sy yg xsbrape..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget