my entry..

get this widget here

Friday, December 31, 2010

JAGALAH HATI JANGAN DIKOTORI…..


Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Seperti pepatah melayu ‘akibat nila setitik rosak susu sebelanga’. Nila hanya setitik tetapi telah memberi impak kepada susu yang putih lagi bersih. Susu bukan sedikit. Banyak pula tu, lagi banyak dari nila. Maka jadilah hati itu seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
 “(hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya.”
Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat dengan-Nya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Mas’ud berkata :
“Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan akan memandang dosa itu seperti lalat yang hinggap di atas hidungnya.”
Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada sesiapa yang melakukannya. Orang yang melakukan dosa merasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. Allah berfirman yang bermaksud :

“Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) islam.”
Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen).
Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata : “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan hati, melemahkan tubuh sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.” Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu.
Suatu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu)  kerana kepandaian dankecerdikannya, lantas beliau berkata : “ Sesungguhnya  aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padam kan cahaya itu dangan kegelapan maksiat.”
Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Mas’ud : “Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)”. Jawab Ibnu Mas’ud : “dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat waktu malam)”. Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan member cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.
Hati yang terdinding dan terhijab daripada cahaya ilmu itu adalah hati yang gelap gelita. Mengapa menjadi gelap? Apakah dari awal lagi? Tidak sama sekali. Setiap bayi yang dilahirkan itu putih dan bersih hatinya bak kain putih. Namun lama kelamaan apabila mencapai tahap mukallaf, hati manusia yang dahulunya putih bersih mula bertukar sedikit demi sedikit menjadi hitam legam akibat dosa yang dilakukan olehnya sama ada sedar atau pun tidak.
Umpama batu Hajarul Aswad juga. Khabarnya batu suci yang dibawa dari syurga ini asalnya berwarna putih. Lama-kelamaan batu itu bertukar hitam akibat dosa-dosa manusia yang tidak putus-putus dating dari serata ceruk dunia untuk bertawaf di Baitullah, kemudian mengambil peluang menyentuh dan mengucupnya. Wallahu a’lam.
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya orang mukmin itu bila dia melakukan satu dosa, akan wujudlah satu titik hitam dalam hatinya. Jika dia bertaubat serta meninggalkannya serta beristighfar, titik itu akan hilang daripadanya. Jika dia kembali melakukannya, titik hitam itu akan bertambah, sehingga menebal di hatinya. Itulah tutupan yang disebutkan Allah dalam al-quran.”
(Al-hadis)
Firman Allah SWT : “Sekali-kali tidak demikian, sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati-hati mereka.”(al-Miutaffifin:14)
Wallahu a’lam……

Sunday, December 19, 2010

the beauty of maths....really interesting...


Bismillahirrahmaani rrahiim

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10=
1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn ' t it?
And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 =
123454321
111111 x 111111 =
12345654321
1111111 x 1111111 =
1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321

Now, takes a look at this...
101%
From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%? What does it mean to
give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say
they are giving more than 100%?
We have all been in situations where
someone wants you to GIVE OVER
100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?
Here ' s a little mathematical formula
that might help answer these
questions:

If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S
T U V W X Y Z

Is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:
H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 =98%






And:
K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+ 4+7+5 = 96%

But:
A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%



THEN, look how far the love of God
will take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%



Therefore, one can conclude with
mathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will get
you close, and Attitude will
get you there, It ' s the Love of God
that will put you over the top!
It ' s up to you if you share this
with your friends just
the way I did.
Have a nice day & God bless!! 

wallahu a'lam....

Thursday, December 16, 2010

...'Moto dalam kereta'.......

Sepasang suami isteri yang baru berkahwin pulang bercuti ke rumah orang tua si isteri di sebuah kampung di kelantan. selepas makan tengah hari........


Isteri : Wah, berselera betul abang makan tadi.. tiga kali tambah!!!
Suami : Tu lah!!.. masakan kelantan ni sesuai sangat dengan selera abang ni.
Isteri : Apa yang sedap sangat tu?
Suami : Semua sedap!!! huh..kalau ikutkan hati..nak tambah lagi, tapi segan pulak kat mak mentua...hihihi
Isteri : tapi bile ayang masak, abang tak makan macam ni? ayang masak tak sedap ke??
Suami : Sedap! siapa kata tak sedap...tapi tadi yang lagi sedap.. jangan marah ea..hehehe... ikan bakar cicah budu dengan jeruk petai.. ayang tak pernah masak yang itu.
Isteri : o... yang itu ke?? itu namanya ike tawe.
Suami : Ketawe?..
Isteri : hihihi...bukan ketawe, tapi ike tawe.. ikan tawar!! kat kolumpu susah nak masak ni..kena panggang atas bara, tak ada tempat nak buat!
Suami : Ala....boleh la...lain kali kita buat, cube bakar dalam oven, abang rasa boleh. cicah budu sedap!!
Isteri : budu tu sedap sebab campur durian dengan cili padi!.. Eh, tak tahu plak yang abang suke makan budu...
Suami : Ayang tak pernah tanya pun..
Isteri : Tadi mak perasan yang abang suka sangat jeruk petai itu..
Suami : ha la...sedap, selalu makan yang mentah je..
Isteri : mak cakap tadi... balik nanti bawa lah ke kolumpo.
Suami : eh!! ya ke?..bawa balik lebih sikit tau..hihihi...
Isteri : ha la..mak kata bawa balik moto sekali!
Suami : bawa balik moto???
Isteri : ha la...
Suami : bawa macam mana??
Isteri : nak bawa macam mana lagi?? cari lah kotak..isi dalam kotak, masuk dalam bonet..xla tumpah..
Suami : mana nak muat??
Isteri : Apa yang tak muat?
Suami : moto...moto mana muat isi dalam bonet..
Isteri : apasal tak muat pulak??.. bukannya besar sangat.. kalau tempayan budu memang la tak muat!..
Suami : Tapi...
Isteri : tapi apa lagi??
Suami : tapi...nak buat apa moto tu?
Isteri : bawa jeruk petai la, nak bawa apa lagi?? kan abang suka sangat jeruk petai tu.. tu pasal mak bagi bawa balik..
Suami : takkan nak bawa balik jeruk petai pakai moto?
Isteri : ha la..bawa jeruk petai pakai moto..




Suami : ish...sapa nak bawa??
Isteri : kita la...
Suami : macam mana nak bawa??
Isteri : macam mana apa pulak lagi?? isi dalam bonet la, kan ayang da cakap tadi... isi dalam kotak, letak dalam bonet....bukannya besar sangat!
Suami : huh!! naik pening kepala abang ni memikirkannya...
Isteri : fikir apa pulak ni sampai pening? fikir pasal girlfriend lame ea?
Suami : ish!.. kesitu pulak dia...ni ha! pasal moto ni.. kenapa kita kena bawa balik moto ke kolumpo? abang tak reti bawa la... ayang nak pakai moto ke, pergi kerja? lagi satu yang tak masuk akalnya... nak letak moto dalam bonet!!.. moto mainan boleh la..
Isteri : ha!!!ha!!ha!!...
Suami : ketawa pulak dia?? orang serius ni!!
Isteri : apa tak ketawanya..... abang ingat motorsikal ya?? he!!..he!!..he!!.. patut la muka pun da kelat semacam je...
Suami : bukan motorsikal ke?
Isteri : bukan...bukan motorsikal, tapi moto...moto tempat isi jeruk petai!! tu yang atas almari lauk tu, ambil satu kita bawa balik kolumpo..
Suami : oo... yang itu ke? botol tu..itu balang!!! mati-mati abang ingat motorsikal tadi..ha!!..ha!!..ha!!...




Isteri : itu lah yang orang kelantan panggil moto.. dah jadi menantu orang kelantan, kena la belajar cakap kelantan!!


cerita ni saya ambil dari akhbar hari ni.. (Rabu 15 disember 2010)..dari segmen mewah bahasa oleh Prof. Madya Dr. Nor Hisham Osman.. saya kongsikan kisah ini kerana bagi saya walaupun ia sesuatu yang mungkin bagi sahabat remeh, tapi ada ilmu yang ingin disampaikan. iaitu moto tu ialah balang kaca. hahaha... pertama kali baca, tak  faham, pening dan keliru... maklum la bukan orang kelantan...semoga sahabat-sahabat terhibur...

Friday, December 10, 2010

Rahmat Ujian Maka Bersyukurlah….


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Siapakah kita? Kita hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kekurangan. Dan kita jugalah manusia biasa yang tidak akan boleh sesekali lari dari masalah yang membelenggu diri kita. Sehebat mana pun kita, setiap orang pasti menerima dugaan dari Allah. Tidak kira tua atau muda, kecil atau besar, miskin atau kaya sama sahaja. Rasulullah sendiri juga menerima dugaan. Dari baginda kecil, menjadi yatim dan apabila dewasa baginda menyebarkan agama islam baginda diejek,dihina dan bermacam-macam lagi  tentangan oleh umatnya sendiri. Inikan kita pula hanya umatnya, tidak setanding dengan cabaran yang dilalui oleh baginda.

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau tersiksa ada hikmahnya

Suka saya kongsikan lagu dari kumpulan Mestica yang bertajuk Rahmat Ujian ini. Terlalu mendalam isinya yang memberikan saya motivasi apabila saya diuji oleh Allah dengan bermacam-macam masalah. Tapi masalah itu tidak lah sehebat ujian Allah terhadap Rasul-Nya. Dan saya percaya sahabat-sahabat juga ada masalahnya yang tersendiri. Mungkin berbeza situasi tetapi persamaannya ia datang dari Allah kepada hambaNya. Sedarkah wahai sahabat, ujian yang Allah berikan itu tandanya Allah menyayangi kita kerana Dia memberikan perhatianNya kepada sesiapa yang diuji itu. Maknanya sahabat terpilih! sahabat terpilih sebagai insan yang Allah takdirkan untuk menerima dugaanNya.

Harus ada rasa bersyukur
Disetiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta
Yang mendapat rahmatNya
Kita seharusnya bersyukur kerana Allah masih lagi menyayangi kita. Fitrah manusia apabila dalam keadaan kesusahan barulah ia akan mengingati tuhannya. Dan kerana itu jugalah Allah menurunkan ujianNya pada hambaNya. Kerana ia ingin melihat hambaNya meminta dan berdoa serta bergantung kepadaNya. Rindunya Allah pada hambaNya yang berzikir dan merintih kepadaNya. Dugaan Allah tidak semestinya berbentuk kesusahan, ada juga dugaan dalam bentuk kesenangan seperti kekayaan. Allah ingin menguji adakah kita bersyukur dan ingat kepadaNya apabila kita memperoleh nikmat kekayaan. Maka bersyukurlah dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita semua.

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah  dan tabahlah menghadapi….

Allah kenal siapa hambaNya kerana Dia yang menciptakannya. Allah tidak akan sesekali memberi ujian yang tidak mampu kita tanggung. Dugaan itu sesuai dengan keadaan dan kemampuan kita. Janganlah kita cepat berputus asa apabila sesuatu masalah menimpa kita. Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 284-286 yang bermaksud :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa) : “Ya tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami da rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

Kesimpulannya, setiap ujian itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri yang mungkin kita tidak ketahui. Setiap ujian itu pula akan mematangkan fikiran kita dalam menangani cabaran hidup. Tabah dan bersyukurlah kita diatas ujian yang kita terima itu. Semoga dengan ujian yang Allah takdirkan itu memberikan kebaikan dan ganjaran pahala kepada kita. Berdolah kepada Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kalau Allah memakbulkan doa kota
Itu tandanya Allah menyayangi kita………….
Kalau Allah lambat memakbulkan doa kita
Itu tandanya Allah sedang menguji kita……………………..
Kalau Allah tidak memakbulkan doa kita
Itu tandanya Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik utk kita……………..
kalau Allah tak makbulkan doa kita
maka janganlah kita buruk sangka terhadap Allah
yang sentiasa menguji
tahap keimanan kita...................

Wallahu A’lam……

Monday, December 6, 2010

Doktor dan tukang paip…..



Apa yang terlintas dalam fikiran sahabat apabila mendengar perkataan ‘doktor’?
Semestinya tergambar dalam fikiran kita seorang yang kacak, hensem dan segak (bagi yang perempuan) dan seorang yang cantik lagi ayu (bagi yang lelaki). Waaa..timbul rasa kagum dalam diri kita bila terlihat seorang doktor dengan pakaian seragam putihnya itu. Betul atau tidak?
Bila sebut tentang seorang tukang paip pula. Apa yang sahabat gambarkan? Seorang yang tidak berpakaian kemas. Dan kebiasaannya pekerjaan ini dilakukan oleh lelaki. Bila dah kerja tukang paip ni, secara umumnya akan terlintas di hati kita tidak hensem,tidak macho dan macam-macam lagi la yang tidak kena di mata kita (tiada niat untuk merendahkan orang yang bekerja sebagai tukang paip ye). Sebagai gambaran sahaja.
Apa hebatnya seorang doktor sampai kita kagum kepada mereka dan apa pula kurangnya tukang paip sehingga kita memandang rendah kepada pekerjaan ini. Bukankah mereka sama-sama bekerja dengan cara yang halal? Apa salah tukang paip? Adakah kerana dia hanya bekerja sebagai ‘tukang paip’ kita ada hak untuk memandang rendah terhadap mereka? Baiklah, saya ingin sahabat bayangkan sahabat sebagai seorang doktor yang macho (bagi lelaki) atau doktor yang cantik (bagi perempuan).
Sudah bayangkan? Anda berada di rumah yang besar dan mewah. Almaklumlah, kerja doktor la katakan. Rumah mesti besar kan. Baru ada ‘standard’. Tiba-tiba orang gaji anda (siap ada orang gaji lagi) datang memberi laporan bahawa sinki di dapur anda tersumbat. “Tuan/Cik dapurnya tersumbat.”Apa yang anda akan lakukan? Adakah anda akan baiki sendiri atau serahkan pada yang pakar? ‘serahkan pada yang pakar’. Siapa lagi kalau bukan tukang paip. Setuju atau tidak?
Nah,sekarang saya jelaskan apa yang tersirat lagi tersurat dalam kisah ini. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing. Kita hanya manusia biasa yang diciptakan oleh Allah untuk beribadah kepada-Nya dan saling melengkapi diantara satu sama yang lain. Sehebat mana pun kita, bukan semua perkara kita hebat. Ada perkara yang kita sendiri tidak boleh lakukan dan hanya boleh dilakukan oleh orang lain. Sebagai contoh, seorang doktor tadi hebat dalam perubatan tetapi belum tentu dia juga hebat dalam hal baiki membaiki paip. Dia memerlukan orang lain untuk membaikinya dan orang itu adalah seorang tukang paip.

Pengajarannya, janganlah kita memandang rendah terhadap orang lain yang mungkin ada kekurangan dari kita dan kita berbangga diri kerana kita lagi hebat dari dia. Tidakkah sahabat sedar bahawa orang lain ada yang lagi hebat dari kita dan ketahuilah sahabat-sahabat, mereka yang kita katakan ada kekurangan mempunyai kehebatan yang tidak ada pada kita. Wallahu ‘alam.

Saturday, December 4, 2010

Terlepas Kapal Terbang...

Ada satu kisah yang ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat. Kisah seorang gadis yang berpisah dengan teman lelakinya. Teman lelakinya itu seorang yang hensem lagi macho. Bak kata orang melayu, 'lelaki melayu terakhir'...(kononnya). Teman lelakinya itu terpaksa berangkat ke luar negara atas desakan keluarganya yang mahu dia bekerja dan menguruskan syarikat milik keluarganya disana. Dia berjanji dengan si gadis akan pulang secepat yang mungkin dan membawa rombongan untuk meminang si gadis.
Hari demi hari, minggu ke minggu, bulan berganti bulan dan dari tahun ke tahun teman lelaki yang dinantikannya tidak kunjung tiba juga. Sudah hampir 4 tahun lamanya dia menunggu dengan penuh sabar berharap janji yang dilafazkan akan dikotakan. Malangnya sehingga saat ini  satu warkah dari si dia tidak pun diterima. Lalu si gadis mengambil keputusan untuk menjejaki teman lelakinya. Dia akan menaiki kapal terbang. Ya... Itulah pertama kali si gadis menaiki kapal terbang. Dia menggunakan duit simpanannya untuk membeli tiket kapal terbang dan perbelanjaannya semasa di luar negara nanti.
Saat dinantikan telah tiba. Dia bakal berlepas ke luar negara dalam beberapa jam sahaja lagi. Awal-awal lagi dia sudah bersiap sedia. Tidak sabar rasanya berjumpa jejaka idaman hati. Wah,hatinya berlonjak gembira. Selesai pemeriksaan dan urusan lain si gadis hanya menunggu masa untuk memasuki balai berlepas. Hanya beberapa minit sahaja lagi. Tiba-tiba.....
Tidak..perutnya memulas minta dibuang. "sakitnya perut!!"
Sungguh tidak dapat ditahan. Lalu dengan secepat kilat dia pergi mencari tandas dahulu.
"Aduh,sakitnya! mana tandas. Alamak tidak jumpa tandas pula."
Puas dia mencari tandas. Maklumlah pertama kali ke lapangan terbang. Tambahan pula, tempatnya besar lagi luas. Mana nak jumpa kalau tidak bertanya. Huhuhu...
Akhirnya, si gadis jumpa juga destinasi yang dicari. Iaitu TANDAS.. Lega perutnya. Seusai melepaskan hajat di perutnya, dia terus menuju ke tempat tadi. Malangnya kapal terbang yang akan dinaiki terlepas. Betul-betul di hadapan matanya, kapal terbang yang sepatutnya dinaiki naik ke udara. Waaa,..sedihnya bukan kepalang. 




Terduduk dia disitu dan menangis semahu-mahunya. Tidak dipedulikan mata-mata yang melihatnya. Semua rasa diadun bersama. Sedih, kecewa, marah dan menyesal kerana pergi ke tandas tadi. Dia memarahi dirinya dan menyalahkan perutnya kerana menyebabkan dia tertinggal penerbangan.
"Benci! Perut tak guna.."
Lalu dia pulang dengan perasaan yang amat kecewa, tidur dalam kesedihan.
Keesokan paginya, dia terbaca di dada akhbar. Tajuk muka hadapan
'KAPAL TERBANG TERHEMPAS!!!'




Dia membaca berita selanjutnya dan ternyata itulah kapal terbang yang sepatutnya dinaiki!
"Haaa...kapal yang sepatutnya aku naik semalam terhempas?? Nasib baik sakit perut kalau tidak mesti aku naik kapal terbang itu. Tak tau la apa akan jadi."
Nah,disini saya berikan satu pengajaran. Si gadis tadi menyalahkan perutnya kerana sakit dan kerana perut itulah juga dia terselamat. Rupanya ada hikmah perut dia sakit kan?
Adakah sahabat dapat gambaran apa yang ingin saya sampaikan dari kisah ini.
YA..tiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi. Mungkin sekarang kita tidak nampak kebaikan dari peristiwa yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk diri kita. Jangan terkejut suatu hari nanti, ternyata peristiwa yang kita tidak ingini itulah yang memberi kita kebaikan, kebahagiaan dan kejayaan...

Friday, December 3, 2010

What We Give We Get Back


Ingin saya kongsikan satu kisah ketika berada di zaman sekolah. Saya ingat lagi waktu itu saya menjalani minggu ‘orientasi’ di Maahad Ahmadi Negeri Sembilan. Peristiwa ini amat memberi kesan terhadap  diri saya. Mungkin selepas ini akan memberi kesan kepada sahabat-sahabat pula. Walaupun pengalaman kita tidak sama, sekurang-kurangnya menjadi iktibar untuk diri sendiri.

Petang itu saya dan rakan-rakan yang juga baru mendaftarkan diri sebagai pelajar Maahad Ahmadi menjalani sesi riadah. Kami diberi sehelai kertas A4 dan segenggam tepung. Tepung diletakkan diatas kertas A4Arahannya begitu senang. Jaga tepung masing-masing tapi kurangkan tepung orang lain. Maka sesi ‘tepung menepung’ pun bermula. Tertanya-tanya saya. Nak buat apa ni???


Saya lihat kawan-kawan saya sibuk meniup tepung yang berada di kertas A4 orang lain dan orang itu akan membalas balik dengan meniup tepungnya pula. Wah!!! dah macam peperangan tepung. Tergelak saya dengan aksi mereka. Dan saya pula? Hanya diam di tempat saya. Semua orang tak pedulikan saya. Jadi saya ambil keputusan cari mangsa untuk tiup pula tepungnya. Seronoknya dapat dengki dengan orang lain. Haha…
Ketika mana sedang saya melayan perasaan gembira sebab dapat kurangkan tepung orang lain,tiba-tiba ada orang datang dan tiup tepung saya…. Aaaa….tidak!!! tepung saya…. Dah berkurang. Geramnya saya. Tak dapat nak gambarkan perasaan saya masa tu. Saya nak balas balik tapi masa dah tamat. Kecewa…..
Apa yang sahabat dapat simpulkan dari kisah ini? masih tidak jumpa kaitan tepung dengan tajuk  saya. Ok,akan saya jelaskan dengan lebih terang lagi bersuluh.

“Saya lihat kawan-kawan saya sibuk meniup tepung yang berada di kertas A4 orang lain dan orang itu akan membalas balik dengan meniup tepungnya pula”

Dan saya pula? Hanya diam di tempat saya. Semua orang tak pedulikan saya.”

Jika kita membuat orang lain, orang lain akan membuat kita pula. Maksudnya, jika kita membuat sesuatu yang tidak disukai orang lain maka orang lain akan membalas dengan membuat perkara yang kita tidak suka juga. Kalau kita membuat  sesuatu kebaikan terhadap orang lain orang itu akan membalas dengan kebaikan juga.
Pengajarannya, janganlah melakukan sesuatu perkara yang tidak baik terhadap sesiapa sahaja kerana suatu hari nanti kita akan menerima nasib yang sama. Jika tiba-tiba suatu hari nanti ada orang membuat sesuatu yang jahat terhadap kita, muhasabah balik. Adakah pada masa lalu kita pernah membuat jahat juga sepertimana kita merasa sekarang. Mungkin kita lakukan secara tidak sedar. Jadi, ‘what we give we get back’………..

lapangkan dada, bersihkan hati dan tenangkan jiwa...

Ibnu Qayyim menyebutkan beberapa perkara yang dapat melapangkan dada . Yang utama dan terpenting adalah Tauhid. dengan kebersihan dan kesucian tauhid itu boleh membuat hati menjadi lapang, bahkan dapat membuatnya menjadi lebih luas dari dunia dan isinya. Selain itu ada beberapa perkara lain yang dapat  melapangkan dada antaranya :

1. ILMU YANG BERMANFAAT : Orang-orang yang berilmu (para ulama) adalah orang yang paling lapang dadanya, orang yang paling bahagia kerana merekalah pemegang warisan yang ditinggalkan Rasulullah.

"....dan Allah telah mengajarkan apa-apa yang belum kamu ketahui..." (An-Nisa' : 113)

2. AMAL SOLEH : Ia dapat memberikan cahaya bagi hati, sinar di wajah, kelapangan dalam rezeki, dan menimbulkan kecintaan di hati orang-orang di sekitarnya.

"....benar-benar akan kami curahkan kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak)" . (Al-jin : 16)

3. KEBERANIAN : Seorang pemberani adalah orang yang memiliki tekad yang bulat, teguh pendirian, dan kuat tubuh badannya. Dia sentiasa bertumpu pada Allah Yang MAha Pengasih, tidak pernah risau akan apa yang terjadi, tidak pernah tergoncang dengan cubaan dan tidak pernah gentar dengan segala yang menakutkan.

4. JAUHI MAKSIAT : Menjauhi maksiat, sebab maksiat adalah penyebab kekeruhan jiwa, kegelisahan dan kegelapan hati. Dengan maksiat itulah yang membuatkan hati dan dada kita menjadi sempit jiwa tidak tenang.

Sabda Rasulullah SAW ; "Sesungguhnya orang mukmin itu bila dia melakukan satu dosa, akan wujudlah satu titik hitam dalam hatinya. Jika dia bertaubat serta meninggalkannya serta beristighfar, titik itu akan hilang daripadanya. Jika dia kembali melakukannya, titk hitam itu akan bertambah, sehingga menebal dihatinya. Itulah tutupan yang disebut Allah dalam Al-quran." (Al-hadis)

5. JAUHI TINGKAH LAKU BERLEBIHAN : Menjauhi tindakan yang berlebihan dalam hal-hal yang mubah. Lemah lembut dalam berbicara, beradab ketika makan minum dan tidur. Sentiasa menjaga batas sempadan dalam pergaulan tidak kira bersama lelaki perempuan atau tua muda.

< semoga hati kita menjadi tenang dan dada menjadi lapang >
...FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL...

12 golongan manusia di akhirat

Firman Allah SWT dalam surah al-Naba ayat 18 :
" Iaitu hari (yang pada waktu itu ) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz Bin Jabal, katanya, " Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu Baginda menjawab : " Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga.

Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut :-

1. MEREKA YANG TIDAK MEMPUNYAI KAKI DAN TANGAN
Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. MEREKA YANG MENYERUPAI BABI
Ini adalah balasan bagi orang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. MEREKA YANG PERUTNYA BESAR SEPERTI GUNUNG DAN DIPENUHI DENGAN ULAR DAN KALA
Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. MEREKA YANG KELUAR DARAH DARI MULUTNYA
Inilah balasan bagi mereka yang berdusta.

5. MEREKA YANG BERBAU BUSUK SELURUH BADANNYA
Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli.

6. MEREKA YANG DICINCANG-CINCANG PADA TENGKUK DAN BAHU
Ini adalah balasan mereka  yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. MEREKA YANG KELUAR DENGAN TIDAK BERLIDAH DAN KELUAR NANAH DAN DARAH DARI MULUT
Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. MEREKA YANG KELUAR DALAM KEADAAN TERBALIK IAITU KEPALA DIBAWAH DAN KAKINYA KEATAS
Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. MEREKA YANG BERWAJAH HITAM, BERMATA BIRU DAN PERUTNYA PENUH API
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. MEREKA YANG KULITNYA PENUH KUDIS DAN PENYAKIT-PENYAKIT LAIN YANG MENJIJIKKAN
Ini adalah balasanmereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. MEREKA YANG BUTA MATANYA DAN HATINYA, GIGINYA SEPERTI TANDUK, BIBIRNYA BERJUNTAI HINGGA KE PERUT, DARI PERUT DAN PEHANYA KELUAR KOTORAN
Ini adalah balasan mereka yang minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah :

12. MEREKA YANG WAJAHNYA BAGAIKAN BULAN PURNAMA, BERJALAN DIATAS TITIAN MUSTAQIM LAKSANA KILAT.
Ini adalah ganjaran orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.

<Semoga Kita Termasuk Ke Dalam Golongan yang ke 12 ini>
....RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget