my entry..

get this widget here

Sunday, November 30, 2014

Keajaiban Istighfar




            Ketika menginjak ke usia tua, Imam Ahmad pernah berhenti di satu pekan ketika dia sedang bermusafir. Selepas solat dia berhajat untuk bermalam di sebuah masjid berdekatan kerana beliau tidak mengenali sesiapa dalam pekan tersebut. Rasa rendah diri yang tertanam dalam dirinya menghalangnya untuk menyatakan siapa sebenarnya beliau.

            Oleh kerana tidak mengenali Imam Ahmad, penjaga masjid tidak membenarkannya tidur di dalam masjid malah mengheret beliau keluar. Melihat Imam Ahmad yang tua, seorang pembuat roti mempelawa beliau menumpang dirumahnya.

            Sepanjang dirumah pembuat roti, Imam Ahmad memerhatikan pembuat roti itu tidak pernah berhenti beristighfar. Lalu beliau bertanya, ‘Adakah kesan yang kamu dapati dengan istighfarmu yang berpanjangan?’ Pembuat roti menjawab pertanyaan itu, ‘Ya, aku mendapati semua hajat dan doaku tertunai serta dimakbulkan Allah kecuali satu’.



            Imam Ahmad bertanya lagi, ‘Apakah hajatmu yang satu itu?’ Pembuat roti membalas ‘Aku mahu dipertemukan dengan Imam Ahmad Bin Hanbal. Apabila mendengar jawapan pembuat roti itu, Imam Ahmad pun berkata ‘Akulah orang yang ingin kau temui itu. Allah bukan sahaja memakbulkan doamu, malah telah membuatku diseret untuk menuju kepadamu’.

            Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut. Nyata kelebihan Istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.



Monday, August 26, 2013

Melestarikan Nikmat Kemerdekaan

FORUM SEMPENA KEMERDEKAAN

TARIKH: 25 OGOS 2013 /AHAD
TEMPAT: MASJID JAMEK BATU KIKIR NEGERI SEMBILAN

AHLI PANEL:
1. U. HJ SHUHADA B. MAHMUD (KUIS)
2. U. FAISOL B SHEIKH MOHAMMAD (DARULSYIFAA MELAKA)

MODERATOR:
U. SYAZWAN AMIR (PENCERAMAH BEBAS)


TAJUK: MELESTARIKAN NIKMAT KEMERDEKAAN


  • Erti Kemerdekaan Dari Segi Islam: Bebas dari segala kuasa kecuali Allah.
  • Tidak akan kekal kemerdekaan kalau konsert lebih mahsyur daripada masjid
  • Akal memainkan peranan yang penting
  • Kita masih tidak merdeka jika masih terikat dengan pengaruh bukan Islam
  • Zaman Nabi juga ada mencatatkan tentang kemerdekaan (*Pembukaan Kota Mekah, Memerdekakan diri dari menjadi hamba berhala, harta dan hamba kepada manusia sendiri)
  • Jangan lihat erti kemerdekaan dari segi patriotik sahaja akan tetapi lihat juga dari segi agama.
  • Iblis menjajah manusia. Kalau kita tidak bebas dari cengkaman iblis maka kita belum merdeka. Jiwa /Fikiran belum merdeka.
  • Pada zaman dahulu, walaupun dijajah Aqidah masih dipertahankan (*Pada zaman portugis menjajah Tanah Melayu, berapa ramai yang murtad berbanding hari ini?)
  • Kemerdekaan yang sebenar adalah dengan Islam
  • ISTIQAMAH: Nak dapat kemerdekaan itu memang susah, tetapi nak mengekalkan kemerdekaan itu lagi susah.
  • Istiqamah itu memang mencabar. Istiqamah berbeza dengan Iltizam. Iltizam itu hanya berazam tetapi ada azam yang baik, ada azam yang tidak baik. Iltizam hanya berazam tanpa dapat dipastikan ia akan dilakukan secara berterusan. Manakala, Istiqamah pula, melakukan sesuatu yang sudah pasti sesuatu perkara yang baik dan ia dilakukan secara berterusan.
  • Orang yang mati hatinya- bila dia tidak nampak jalan ke Masjid, buta agama.
  • Sepatutnya kita malu kerana tidak boleh membaca Al-Quran, tidak kenal Hadis Nabi daripada kita malu kerana tidak mempunyai harta kekayaan.
  • Kalaulah nikmat kemerdekaan itu mendekatkan kita dengan Allah, maka jelas itu ialah NIKMAT ALLAH.
  • Tetapi kalau nikmat itu menjauhkan kita dengan Allah, maka itu bukan nikmat, itu ialah UJIAN ALLAH.


#Sekadar Nota Ringkas#

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget